Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura kaji ujian pernafasan Covid-19 yang lebih pantas

Apr 21, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA tidak lama lagi boleh menggunakan breathalyser atau alat ujian pernafasan Covid-19, pada skala lebih besar.



Penggunaan alat ujian itu, yang memberi keputusan lebih pantas, boleh membantu dalam aturan perjalanan selamat serta pemeriksaan di acara besar-besaran.



Syarikat teknologi perubatan Silver Factor Technology sedang bekerjasama dengan Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), Lapangan Terbang Changi dan firma keselamatan Certis untuk membangun alat ujian pernafasan itu, lapor The Straits Times.



Alat ujian pernafasan TracieX, yang dibangun Silver Factory, dilaporkan hampir tepat dengan ujian reaksi rantai polimerase (PCR), meskipun ia mengambil masa hanya dua minit untuk memberi keputusan.



Kos alat ujian pernafasan itu juga lebih rendah - $26 bagi setiap ujian.



Percubaan sudah dimulakan di NCID, Terminal 1 Lapangan Terbang Changi dan Certis, dengan lebih 400 individu telah diuji sejauh ini, kata Silver Factory.



Dalam ujian bermula Mac melibatkan peserta yang tidak tahu mengenai status jangkitan Covid-19 mereka, penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Changi dipilih secara rambang dan diminta menjadi sukarelawan untuk percubaan itu dengan memberikan sampel nafas untuk dikaji.



Tempat ujian itu disediakan dengan bantuan NCID, yang menilai protokol keselamatan dan memantau serta menganalisis data yang dikumpulkan.



"Ujian pernafasan kurang invasif lebih menjimatkan kos dan boleh memberi keputusan dalam masa dua minit atau kurang daripada itu, yang jika terbukti boleh dipercayai, akan menjadikan pengalaman penumpang di lapangan terbang lebih lancar dan memberi suntikan kepada usaha pembukaan semula," kata Encik Albert Lim, Naib Presiden Kanan Pengalaman Penumpang di Changi Airport Group.



Silver Factory, yang berasal daripada Universiti Teknologi Nanyang dan ditubuhkan pada Januari lalu, menyasarkan untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 200,000 alat pernafasan sebulan mulai Jun ini, dan berpotensi meningkatkan pengilangan hingga dua juta alat sebulan.



Harga kos produk itu dijangka turun sebaik sahaja pengeluaran berskala besar dimulakan.



Cip sensor akan dihasilkan di kilang perintisnya seluas 300 meter persegi di Tuas - seluas tiga flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) lima bilik - manakala syarikat pengilangan setempat Dou Yee Technologies akan memasang alat itu.



Kajian lanjutan akan dimulakan tidak lama lagi di Changi, NCID dan beberapa hospital di Malaysia, kata Silver Factory.



Sekurang-kurangnya 1,000 peserta akan direkrut di Singapura bagi kajian yang sedang dilakukan dan kajian akan datang, dengan jumlah ini boleh mencecah 2,000 orang, kata Dr Shawn Vasoo, Ketua Makmal Penyelidikan Penyakit Berjangkit dan Pengarah Klinikal di NCID.



Profesor Madya Ling Xing Yi, seorang pengasas bersama Silver Factory, memberitahu ST bahawa ujian akan diperluas ke Malaysia disebabkan bilangan kes positif Covid-19 yang rendah di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >