Topik diikuti
Pergi ke BHkuS'pura kembali laksana Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkatkan) mulai 22 Julai
S'pura kembali laksana Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkatkan) mulai 22 Julai
S'pura kembali laksana Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkatkan) mulai 22 Julai
Langkah keselamatan Covid-19 akan diperketatkan lagi sedang Singapura kembali kepada Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkatkan), setelah kelompok Covid-19 di pusat hiburan KTV dan Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP) terus meningkat.
Mulai 22 Julai hingga 18 Ogos, jumlah orang dibenarkan dalam perhimpunan sosial akan dikurangkan kepada dua orang, berbanding lima orang sekarang, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Gan Kim Yong semasa sidang media pasukan bertindak mengenai Covid-19 berbilang kementerian (MTF) pada Selasa (20 Julai).
Jumlah pelawat ke rumah juga dibataskan kepada dua orang sehari manakala jumlah perhimpunan sosial harus terus dihadkan kepada tidak melebihi dua setiap hari.
Bagi mengurangkan risiko penyebaran dalam masyarakat, masyarakat tidak dibenarkan menjamu selera di premis makanan dan minuman (F&B) termasuk pusat penjaja dan pusat makanan. Ini bermakna perniagaan F&B hanya boleh menawarkan khidmat penghantaran dan beli pulang.
Kelas senaman berat di tempat tertutup atau kegiatan senaman dan sukan secara individu dan kumpulan di tempat tertutup akan dihentikan. Selain itu, kegiatan khidmat peribadi yang perlu membuka pelitup seperti facial dan nyanyian, juga tidak dibenarkan.
Pemerintah akan menawarkan pakej sokongan kepada perniagaan dan pekerja yang terjejas oleh langkah terkini. Kementerian Kewangan akan memberi lebih banyak butiran dalam masa beberapa hari lagi.
