Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura, M'sia kerjasama bangun sistem baru ganti ILS bagi Lapangan Terbang Seletar

Apr 8, 2019 | 5:30 PM
ISU RUANG UDARA: Singapura dan Malaysia akan membangunkan sistem alternatif bersama bagi mengantikan sistem pendaratan pesawat baru yag ditolah Malaysia. Malaysia telah menolak prosedur penerbangan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) yang sepatutnya mula beroperasi dari awal tahu ini di Lapangan Terbang Seletar (atas). Ia mendakwa prosedur itu membantutkan pembangunan di kawasan Pasir Gudang. - Foto fail
ISU RUANG UDARA: Singapura dan Malaysia akan membangunkan sistem alternatif bersama bagi mengantikan sistem pendaratan pesawat baru yag ditolah Malaysia. Malaysia telah menolak prosedur penerbangan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) yang sepatutnya mula beroperasi dari awal tahu ini di Lapangan Terbang Seletar (atas). Ia mendakwa prosedur itu membantutkan pembangunan di kawasan Pasir Gudang. - Foto fail -

SINGAPURA dan Malaysia bersetuju membangunkan sebuah instrumen alternatif berdasarkan prosedur pendekatan berdasarkan Global Positioning System (GPS) bagi Lapangan Terbang Seletar. Ini akan menggantikan prosedur Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) yang ditarik balik Singapura. Menteri Pengangkutan, Khaw Boon Wan mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar yang diadakan bersama rakan sejawatannya dari Malaysia, Encik Anthony Loke selepas mereka mengadakan perbincangan dua hala selama 45 minit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas ketibaan Encik Khaw di sana semalam. Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) akan bekerjasama dengan Penguasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAS) bagi membangunkan sistem itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg