Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, M’sia sasar meterai MOU Zon Ekonomi Khas awal 2024

Projek akan tambah baik aliran barangan, rakyat dua negara; pertingkat ekosistem kawasan pembangunan Iskandar dan S’pura
Oct 30, 2023 | 08:18 PM



Singapura dan Malaysia berazam untuk menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) pada Januari 2024 untuk membangunkan sebuah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) susulan kajian kebolehlaksanaan bersama oleh kedua-dua negara.

Dengan adanya JS-SEZ, ia akan menambah baik aliran barangan dan manusia antara kedua-dua negara dan meningkatkan ekosistem kawasan pembangunan Iskandar dan Singapura, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Berucap semasa satu sidang media bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Istana pada Isnin, Encik Lee berkata JS-SEZ adalah sebuah projek berpotensi besar yang akan mengukuhkan ekosistem perniagaan kedua-dua negara.

“Kami kini sedang melakukan kajian kebolehlaksanaan untuk melihat apa yang kami ingin SEZ utamakan, dan di mana terdapat minat daripada pelabur, dan permintaan pasaran.

“Kami mempunyai harapan besar tetapi buat masa ini, kami perlu membuat kajian kebolehlaksanaan dan kami perlu merunding MOU itu, dan kami berharap perkara itu dapat dilakukan pada awal tahun depan,” kata Encik Lee.

Datuk Anwar sedang berada di Singapura dari 29 hingga 30 Oktober bagi menghadiri Rahat Pemimpin Singapura-Malaysia ke-10 yang diadakan buat kali pertama sejak pandemik Covid-19.

Encik Lee menambah dengan adanya SEZ, pengaturan cukai khas dan gudang berbon atau bonded warehouses boleh diterokai, yang boleh memudahkan aliran barangan antara kedua-dua negara.


Ia juga akan menjadi lebih mudah untuk orang yang perlu bekerja di kedua-dua belah tambak.

“Syarikat pelabur boleh mendapatkan kakitangan yang mereka perlukan dan gabungan profesional, pekerja mahir dan pekerja am lain yang sesuai,” kata Encik Lee.

Semasa sidang media bersama itu, Datuk Anwar berkata, Malaysia akan cuba sebaik-baiknya untuk mempercepatkan proses itu.

“Kami telah memberikan garis masa yang sangat singkat untuk mereka bersetuju mengenai parameter dan menandatangani MOU selewat-lewatnya pada 11 Januari... Kami berharap untuk mempunyai beberapa susunan dan persetujuan persefahaman menjelang pertengahan Januari,” katanya.

Semasa sidang itu, Encik Lee juga berkata hubungan dua hala kedua-dua negara kekal kukuh, terutamanya dalam bidang ekonomi, sebagai rakan dagang kedua terbesar antara satu sama lain.

Pelaburan dari Singapura ke Malaysia juga telah berkembang dengan pesat, katanya. Singapura merupakan pelabur asing terbesar di Malaysia pada separuh pertama 2023.

Semasa rahat dua hari itu, kedua-dua pihak berbincang tentang isu-isu tertunggak seperti isu bekalan air, Pedra Branca dan ruang udara.

Bagi ruang udara, kedua-dua pihak berkata mereka setuju untuk mengkaji semula pengaturan delegasi bagi menyediakan perkhidmatan trafik udara di Selatan Semenanjung Malaysia.

Ini telah disyorkan dan diluluskan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada 1973 dan dilaksanakan melalui Surat Perjanjian Operasi antara Kuala Lumpur dan Pusat Kawalan Kawasan Singapura mengenai Ketibaan, Berlepas dan Penerbangan Singapura 1974.

“Semakan ini hendaklah selaras dengan keperluan ICAO untuk pengurusan trafik udara yang selamat dan cekap serta menampung keperluan operasi semasa dan masa hadapan kedua-dua negara,” menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan.

Kedua-dua pemimpin menugaskan Menteri Pengangkutan masing-masing untuk berbincang dan bersetuju mengenai satu set prinsip dan hasil untuk membimbing kedua-dua pihak berkuasa penerbangan awam untuk bergerak ke hadapan secepat mungkin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >