Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura perlu perdalam pelaburan R&D dalam atasi perubahan iklim: DPM Heng

Jun 16, 2023 | 03:44 PM



Bagi mencapai sasaran mengehadkan pemanasan Bumi kepada 1.5 darjah Celsius atas paras pra-perindustrian, Singapura perlu memperdalam pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mencapai penemuan besar teknologi dan mangkin peralihan tenaga sejagat, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.

Berucap di pelancaran Makmal R&D Korporat REC@NUS bagi Generasi Fotovoltaic Selanjutnya (REC@NUS Corp Lab), Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, berkata selain kos, langkah besar selanjutnya ialah mendorong pendakapan meluas tenaga suria dalam usaha memperbaiki kecekapan.

Beliau berkata perubahan iklim adalah satu isu sejagat yang wujud, menjejas kehidupan dan pendapatan di serata dunia.

“Daripada negara kecil seperti Singapura sehinggalah negara besar seperti India, China, dan Amerika Syarikat, kesan perubahan iklim tidak mendiskriminasi dan amat dirasakan semua.

“Sebab itulah huraian dan kemampanan bandar merupakan bidang tumpuan di bawah rancangan Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan 2025 (RIE2025).

“Dalam menangani perubahan iklim, kuncinya ialah mencapai sasaran mengehadkan pemanasan sejagat kepada 1.5 darjah Celsius di atas paras praperindustrian.

“Untuk mencapainya, kita perlu memperdalam pelaburan R&D untuk mencapai penemuan besar teknologi baru dan mangkin peralihan tenaga sejagat,” katanya.

Justeru, penubuhan REC@NUS Corp Lab tepat pada masanya, memandangkan tenaga suria adalah salah satu tenaga yang paling boleh diubah saiznya, dan mempunyai harapan untuk diperbaharui, kata Encik Heng.

REC@NUS Corp Lab yang menelan belanja $77 juta merupakan satu inisiatif penyelidikan untuk mendorong inovasi dan kajian mengenai teknologi sel suria di Singapura.

Dalam tempoh lima tahun mendatang, REC@NUS Corp Lab, yang ditubuhkan oleh Institut Kajian Tenaga Suria Singapura (Seris) Universiti Nasional Singapura (NUS) dan REC Solar (REC), akan menyelidik, membangunkan dan mengkomersialkan teknologi gangguan suria fotovoltaic (PV) berdasarkan sel suria perovskit-silikon.

Disokong rancangan RIE2025, pelaburan strategik dalam huraian tenaga bersih berkuasa tinggi adalah penting dalam memacu peralihan Singapura kepada tenaga yang boleh diperbaharui demi masa depan yang lebih hijau, selain mengekalkan kedudukan utama negara ini dalam R&D dan pengilangan PV.

Menurut Encik Heng, langkah besar selanjutnya ialah mendorong pendakapan meluas tenaga suria dalam mempertingkat kecekapan.

“Hari ini, kecekapan pengubahan tenaga teknologi PV – bermakna peratusan tenaga suria yang diubah menjadi elektrik yang boleh digunakan – hanyalah sekitar 22 hingga 23 peratus.

“Jika kita dapat meningkatkan kadar kecekapannya, maka bidang perniagaan bagi PV suria akan diperkukuh,” tambahnya.

Pada masa sama, Encik Heng menggesa lebih banyak syarikat supaya memperdalam kerjasama dengan universiti tempatan serta institusi penyelidikan, terutamanya dalam bidang seperti kemampanan.

“Dengan bekerjasama, dan tidak bekerja sendirian, kita mempunyai peluang lebih baik untuk mencapai penemuan besar huraian kepada cabaran sejagat, tentang isu-isu yang menjejas manusia,” ujar Encik Heng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >