Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura perlu syarikat perkilangan tempatan kukuh: Gan

Tidak boleh bergantung pada syarikat luar saja, pemerintah komited sokong pertumbuhan, transformasi niaga tempatan
Jun 18, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA perlu mempunyai sejumlah syarikat perkilangan tempatan yang kukuh dengan kepakaran dan pengetahuan ditimba dalam negara, agar relevan dan demi membina sektor pertumbuhan berdaya maju, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.



Bercakap semasa pelancaran makmal bersama syarikat perkilangan tempatan Arcstone dan Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star), Encik Gan berkata Singapura tidak boleh bergantung hanya pada syarikat luar negara untuk merealisasikan wawasan perkilangannya.



Dalam hal ini, pemerintah komited untuk menyokong pertumbuhan dan transformasi perniagaan tempatan, kata Encik Gan.



"Bagi kita menjayakan wawasan Perkilangan 2030, Singapura tidak boleh bergantung hanya pada perniagaan dari luar negara untuk menubuhkan pangkalan di sini.



"Kita harus mempunyai pangkalan syarikat perkilangan tempatan yang kukuh dengan kepakaran dan pengetahuan yang dibina dalam negara, agar relevan dan dapat membina sektor pertumbuhan berdaya tahan," kata Enck Gan.



Beliau berkata ini boleh dicapai menerusi kerjasama antara sektor awam dan privet, seperti Perikatan Singapura Bersama bagi tindakan dan kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama institut penyelidikan sektor awam.



Menurut Encik Gan, di bawah rancangan Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan 2020 (RIE2020), A*Star telah menjalin sekitar 2,400 projek bersama perniagaan tempatan, dengan lebih 80 peratus adalah syarikat kecil dan sederhana (SME) dan syarikat pemula.



Pada masa sama, negara ini sedang aktif membangunkan bekalan pekerja berkemahiran untuk mengukuhkan tenaga kerja perkilangan.



Misalnya, kata Encik Gan, latihan berpusat industri yang ditawarkan oleh Pusat Teknologi dan Pengilangan Semula Lanjutan (ARTC) dan Institut Teknologi Perkilangan Singapura (SIMTech) di bawah A*Star memberi penekanan terhadap pengalaman amali di kemudahan canggih mereka.



Dalam ucapannya, Encik Gan juga menarik perhatian bahawa sektor perkilangan Singapura mencatat pertumbuhan 7.3 peratus tahun lalu, meskipun dengan kehadiran pandemik Covid-19.



Sektor ini dijangka terus menjadi enjin pertumbuhan ekonomi yang kukuh - dengan pertumbuhan 7.5 peratus pada suku pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lalu.



Lantaran itu, pemerintah akan meneruskan rentak pertumbuhan ekonomi dengan menggerakkan rancangan Perkilangan 2030 bagi mencapai wawasan Singapura menjadi hab perniagaan, inovasi dan bakat global bagi perkilangan lanjutan, kata Encik Gan.



Bagi mencapai ini, pemerintah akan memperkukuh kerjasama dengan pemain industri untuk merangsang daya saing sektor dan mengubah sektor menerusi Peta Transformasi Industri serta pelaburan dalam kajian, inovasi dan perniagaan.



Pemerintah telah komited melabur $25 bilion bagi Pelan RIE2025 bagi lima tahun mendatang.




"Bagi kita menjayakan wawasan Perkilangan 2030, Singapura tidak boleh bergantung hanya pada perniagaan dari luar negara untuk menubuhkan pangkalan di sini. Kita harus mempunyai pangkalan syarikat perkilangan tempatan yang kukuh dengan kepakaran dan pengetahuan yang dibina dalam negara, agar relevan dan dapat membina sektor pertumbuhan berdaya tahan."
- Encik Gan Kim Yong, Menteri Perdagangan dan Perusahaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >