Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura punya pelbagai khidmat bantu pesakit demensia

Oct 21, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA telah meningkatkan keupayaannya dalam penjagaan demensia dan akan terus mencari cara untuk memperbaikinya, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, di Parlimen semalam.



Antara lain, lebih banyak tempat telah disediakan di pusat-pusat jagaan harian demensia bagi menawarkan sokongan dalam masyarakat kepada pesakit demensia dengan keperluan ringan hingga sederhana.



Bilangan tempat itu telah naik daripada 1,000 pada 2015 kepada 4,200 tahun lalu, kata Cik Rahayu.



Beliau berkata demikian dalam respons kepada usul penangguhan Cik Poh Li San (GRC Sembawang) mengenai 'Mempersiapkan Singapura untuk Demensia'.



Cik Poh berkata Singapura perlu lebih bersedia untuk menghadapi demensia sedang masyarakatnya menua dengan pesat. Beliau menyeru agar lebih banyak dilakukan dalam tiga bidang, iaitu membina kapasiti untuk penjagaan, pengurangan cabaran, dan pencegahan.



Cik Rahayu berkata pelbagai perkhidmataan penjagaan ditawarkan untuk menyokong pesakit pada peringkat demensia yang berbeza.



Di bawah penjagaan masyarakat, perkhidmatan jagaan harian demensia menawarkan jagaan kawalan, kegiatan merangsang kognitif dan terapi kenangan, untuk memperbaiki atau mengekalkan kesejahteraan warga emas.



Terdapat juga Pasukan Campur Tangan Masyarakat (Comit) yang menyediakan campur tangan psikososial seperti kaunseling dan pengurusan kes. Dalam tahun kewangan 2021, pasukan Comit menyokong sejumlah 11,100 klien, kata Cik Rahayu.



Pasukan jangkauan yang dikenali sebagai Crest, yang secara proaktif mengenal pasti warga emas yang berisiko mengalami demensia dan merujuk mereka untuk penilaian juga disediakan dalam masyarakat.



Terdapat 68 pasukan sedemikian hingga Disember lalu yang telah menjangkau kepada 510,000 peserta dan menawarkan bantuan kepada lebih 32,000 orang.



Bagi sekumpulan kecil kes demensia yang mungkin memerlukan penjagaan pesakit dalam sedang keadaan mereka merosot, Cik Rahayu berkata majoriti rumah penjagaan di sini boleh menjaga orang-orang yang mengalami demensia.



Terdapat lebih 16,000 katil di rumah penjagaan hingga hujung 2020, dan rumah penjagaan akan datang yang dibangunkan Kementerian Kesihatan (MOH) juga dibina dengan ciri mesra demensia seperti taman terapi.



Cik Rahayu berkata masa menunggu purata bagi katil buat masa ini ialah sekitar satu bulan, atau lebih lama untuk segelintir warga emas yang mempunyai keperluan penjagaan khusus atau pilihan tertentu.



Menjawab pertanyaan Cik Poh tentang tenaga kerja klinikal, Cik Rahayu berkata hari ini, semua doktor dilatih untuk memberi pengurusan asas bagi kondisi demensia.



Pakar seperti pakar geriatrik dan psikiatri dilengkapi untuk menguruskan keadaan lebih teruk yang berkait dengan demensia.



Hingga Disember lalu, terdapat 152 pakar geriatrik dan 277 pakar psikiatri berdaftar dengan Majlis Perubatan Singapura (SMC).



Ini membentuk peningkatan 50 peratus dan 15 peratus masing-masing berbanding 2017. Ini bermakna terdapat 2.8 pakar geriatrik dan 5.1 pakar psikiatri bagi setiap 100,000 penduduk, kata Cik Rahayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >