Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura terima bekalan telur pertama dari Poland

Jun 05, 2020 | 02:45 PM



SINGAPURA menerima penghantaran bekalan telur pertama dari Poland hari ini, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam kenyataannya.



Menurut MTI, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing bersama-sama Duta Besar Poland, Cik Magdalena Bogdziewicz serta Duta Bukan Pemastautin ke Poland, Dr Loo Choon Yong, telah mengunjungi gudang pengimport Singapura hari ini untuk menerima penghantaran pertama telur ayam dari Poland. 



Telur tersebut akan dijual ke restoran dan peruncit F&B yang lain.



Ini adalah kali pertama Singapura mengimport telur dari Poland. 



"Ia adalah hasil konkrit Kenyataan Bersama Menteri yang dikeluarkan oleh Singapura dan Poland pada 29 Mei 2020 untuk mengesahkan komitmen mereka untuk memperkukuhkan kerjasama ekonomi," menurut kenyataan MTI.



Ini juga merupakan sebahagian daripada usaha Singapura untuk mempelbagaikan sumber bekalan makanannya

untuk memastikan bekalan makanan kita kekal berdaya tahan, tambah kementerian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >