Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

S'pura, Vietnam ambil langkah kukuh kerjasama

Empat MOU ditandatangani Presiden Halimah Yacob, Presiden Nguyen Xuan Phuc; MOU kukuh kerjasama bidang tenaga
Oct 18, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA akan mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dalam bidang tenaga dengan Vietnam melalui satu memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani semalam.



Ia merupakan salah satu bidang kerjasama yang bakal diperluas antara kededua negara tersebut melalui empat MOU yang ditandatangani, disaksikan Presiden Halimah Yacob dan Presiden Nguyen Xuan Phuc dalam satu majlis di Istana Presiden yang terletak di Hanoi, Vietnam.



Di bawah MOU tersebut, kededua negara akan bekerjasama dalam pembangunan dan pembiayaan tenaga yang boleh diperbaharui serta pembangunan penghubung bagi meningkatkan daya tahan dan kestabilan perdagangan tenaga elektrik rentas sempadan.



Ia juga merangkumi kerjasama dalam pasaran gas cecair asli dan tenaga elektrik.



Ini selain dalam penyelidikan & pembangunan (R&D) serta penggunaan teknologi dan huraian tenaga rendah karbon seperti sistem simpanan tenaga hidrogen dan ammonia.



MOU itu ditandatangani Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, dan Menteri Perusahaan dan Perdagangan Vietnam, Encik Nguyen Hong Dien.



Selain bidang tenaga, Singapura juga bakal bekerjasama dengan Vietnam dalam bidang pasaran karbon dan merancang untuk membangunkan rangka kerja yang akan membolehkan kredit karbon untuk dipindahkan antara kedua-dua negara.



Kredit karbon adalah permit yang boleh dijual beli dan memberi pemiliknya hak mengeluarkan sejumlah gas rumah hijau secara tetap.



Langkah ini selaras komitmen kededua negara kepada Perjanjian Paris dalam mencapai pelepasan sifar bersih pada 2050.



Mengulas mengenai kerjasama itu, Dr Tan- yang telah menandatangani kededua MOU dalam bidang tenaga dan juga kredit karbon- berkata:



"Singapura dan Vietnam adalah rakan kongsi yang rapat, dan kami komited untuk saling menyokong pemindahan tenaga negara kita dan penyahkarbonan.



"Kami percaya kerjasama antarabangsa, seperti antara Vietnam dan Singapura, penting dalam mendorong tindakan sedunia bagi mencapai matlamat Perjanjian Paris."



Selain daripada itu, kededua negara turut mencapai persetujuan dalam pertukaran maklumat bagi saling membantu menangani isu keselamatan dan serangan siber serta bagi memastikan pemindahan data rentas sempadan yang selamat.



Ini merupakan MOU keselamatan siber pertama yang telah ditandatangani antara Singapura dan anggota negara ASEAN.



Satu lagi MOU yang turut dimeterai melibatkan kerjasama antara Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan Direktorat Pendidikan dan Latihan Vokasional (DVET) Vietnam dalam bidang pendidikan dan latihan vokasional.



Dalam usaha memperkukuh hubungan ekonomi Singapura-Vietnam, kededua negara tersebut turut mengumumkan pembukaan projek Taman Perindustrian Vietnam Singapura (VSIP) ke-12 di Bandar Can Tho, Vietnam.



Lesen pelaburan untuk membangunkan VSIP tersebut telah diberikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat Sembcorp Development, Encik Kelvin Teo, semasa majlis tersebut.



Buat masa ini, terdapat 11 VSIP di 8 wilayah Vietnam yang dikendalikan Sembcorp Development.



Mengulas mengenai langkah memperluas kerjasama antara kededua negara, Presiden Halimah berkata ini merupakan asas agenda dua hala yang diperbaharui antara kededua negara dalam usaha ke arah masa depan yang lebih hijau, bersih dan berdaya tahan.



"Kita mungkin dari negara, latar belakang, budaya dan agama yang berbeza, namun kita berkongsi nilai teras yang sama seperti keihsanan dan kasih sayang.



"Ini merupakan asas perspektif strategik kededua negara kita meskipun dalam menghadapi dunia yang semakin kompleks," katanya.



Beliau kini berada di Vietnam bagi lawatan negara lima hari hingga 20 Oktober atas undangan Presiden Phuc.




Mou Yang dimeterai Singapura, Vietnam



1) MOU Kerjasama Tenaga



- Melibatkan kerjasama dalam pembangunan dan pembiayaan tenaga yang boleh diperbaharui serta pembangunan penghubung bagi meningkatkan daya tahan dan kestabilan perdagangan tenaga elektrik rentas sempadan.



Ia juga merangkumi kerjasama dalam pasaran gas cecair asli dan tenaga elektrik.



Ini selain dalam penyelidikan & pembangunan (R&D) serta penggunaan teknologi dan huraian tenaga rendah karbon seperti sistem simpanan tenaga hidrogen dan ammonia.



2) MOU Kerjasama Kredit Karbon



- Kededua negara merancang untuk membangunkan rangka kerja yang akan membolehkan kredit karbon untuk dipindahkan antara kededua negara.



Kredit karbon adalah permit yang boleh dijual beli dan memberi pemiliknya hak mengeluarkan sejumlah gas rumah hijau secara tetap.



Apabila kredit dipindahkan dari satu negara ke negara lain, perubahan dalam jumlah pelepasan bagi setiap negara dicerminkan dalam perakaunan gas rumah hijau mereka.



3) MOU Kerjasama dalam Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional



- Melibatkan kerjasama antara Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan Direktorat Pendidikan dan Latihan Vokasional (DVET) Vietnam dalam pelbagai bidang termasuk Kepimpinan, Pentadbiran dan Pembangunan Infrastruktur.



4) MOU Kerjasama dalam Bidang Keselamatan Siber



- Melibatkan kerjasama dalam bidang seperti pertukaran maklumat, isu ancaman siber dan serangan siber.



Antara matlamat kerjasama itu juga adalah untuk memastikan aliran data rentas sempadan yang selamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >