Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anjung@WGS anjur karnival, fiesta makanan

Suasana meriah, kegiatan menarik buat semua peringkat usia
Jul 13, 2022 | 05:30 AM



SEBAGAI sebahagian sambutan selama sebulan, Wisma Geylang Serai (WGS) telah melancarkan Karnival@Anjung dan Makan Fiesta@Anjung.



Tujuannya ialah untuk membolehkan masyarakat meraikan ruang masyarakat di bawah usaha merancakkan Jalur Budaya Geylang Serai.



Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, berkata:



''Acara ini dianjurkan untuk masyarakat berkumpul sebagai sebuah keluarga, meluangkan masa bersama orang tersayang dan menjadi sebahagian daripada sambutan Anjung@WGS.



''Saya sangat berterima kasih kepada Pasukan WGS bagi kawasan Geylang Serai atas kerja keras mereka dalam menyediakan begitu banyak program menarik untuk masyarakat,'' kata beliau yang juga Pengerusi Jalur Budaya Geylang Serai.



Setelah mengambil masa hampir setahun untuk dibina, ruang acara dan sukan serba guna, Anjung@WGS, dibuka secara rasmi oleh tetamu terhormat, Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pembangunan Negara merangkap Kewangan), Cik Indranee Rajah, Sabtu lalu.



Dianjurkan kelmarin, Karnival@Anjung yang akan berlanjutan hingga 17 Julai merupakan kerjasama bersama Uncle Ringo, penyedia taman permainan.



Sepanjang seminggu, orang ramai dapat mengambil gambar di gerai mengambil gambar.



Pada masa yang sama, mereka juga dapat mempelajari lebih lanjut tentang jalur budaya itu melalui maklumat yang dipaparkan seiring foto dan kisah tentang gambar-gambar ikonik tersebut.



Di samping karnival itu, terdapat gerai makanan di sepanjang Anjung@WGS.



Dianjurkan bersama Adex International, terdapat 18 gerai makanan untuk orang ramai nikmati.



Antara peniaga terkenal termasuk Burger Ramly, Yummy Takoyaki, Planet Bakso, Satay Abang and Pak Din Ayam Bakar.



Mengulas lanjut tentang kegiatan itu, Dr Maliki menambah bahawa beliau berharap rakyat Singapura akan bergembira dan mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.



''Selain acara-acara ini, kami akan adakan lebih banyak acara lain pada masa akan datang seperti sukan, sepak takraw dan silat,'' ujarnya




''Acara ini dianjurkan untuk masyarakat berkumpul sebagai sebuah keluarga, meluangkan masa bersama orang tersayang dan menjadi sebahagian daripada sambutan Anjung@WGS.



Saya sangat berterima kasih kepada Pasukan WGS bagi kawasan Geylang Serai atas kerja keras mereka dalam menyediakan begitu banyak program menarik untuk masyarakat.''
- Dr Mohamad Maliki Osman, Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), yang juga Pengerusi Jalur Budaya Geylang Serai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >