Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sukarelawan berbilang agama ganding bahu bungkus, agih 120,000 lampin dewasa

May 29, 2019 | 05:32 PM



BERGANDING bahu, sekitar 100 sukarelawan menyingsing lengan mengangkat, mengemas dan mengaturkan 12,000 paket lampin dewasa di Wisma Geylang Serai pagi tadi (Rabu, 29 Mei).



Ini adalah sebahagian Project Dignity, sebuah inisiatif yang diterajui institusi sosial dan agama, Quantum Mavericks dan Gereja Heart of God, bagi membantu warga emas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan daripada keluarga berpendapatan rendah.



Sebanyak 120,000 keping lampin dewasa yang dikemas itu dijangka membantu 500 penerima bantuan.



Menambah kepada keunikan projek tersebut, para sukarelawan berbilang bangsa dan agama daripada pelbagai institusi keagamaan, pendidikan serta syarikat swasta bersatu menggembleng tenaga bagi melakukan kerja amal itu.



Para sukarelawan ini termasuk mereka dari Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC), Duta Belia Keharmonian Kaum (RHYA) dari Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, madrasah dan sekolah Rancangan Bantuan Khas (SAP).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >