Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sultan Johor mula lawatan rasmi ke Singapura esok

Jul 19, 2022 | 07:04 PM



SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, akan menjalankan lawatan rasmi selama tiga hari ke Singapura mulai Rabu (20 Julai), atas undangan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Sultan Ibrahim dan isteri, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, akan diringi Tunku Mahkota Johor, Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam serta Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan pegawai negeri lain.



Ini diumumkan Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura dalam satu kenyataan pada Selasa dan turut dimaklumkan di Facebook Sultan Ibrahim.



Menurut pejabat media di-raja Johor dalam catatan Facebook itu, Encik Lee telah menyampaikan surat undangan bagi lawatan rasmi itu menerusi Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, pada Disember lalu, ketika beliau bertemu Sultan Ibrahim di Johor Bahru.



MFA pula menambah, Presiden Halimah Yacob dan suami, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee akan mengadakan jamuan minum petang bagi tetamu di-raja ini.



Encik Lee dan isteri pula akan mengadakan jamuan makan tengah hari buat mereka.



Pertemuan berasingan pula akan diadakan bersama Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean dan Menteri Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong.



Dalam kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim, dijelaskan bahawa:



“Hubungan Johor dan Singapura terus diperkukuhkan pada Mei lalu, apabila Baginda Tuanku Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan darjah kebesaran tertinggi Istana Johor kepada Datuk Lee dan isteri.



“Baginda berkenan mengurniakan kepada Datuk Lee Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Datuk Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.).



“Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama, Datuk Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J.) turut disampaikan kepada isteri Datuk Lee, Datin Paduka Ho Ching.”



Dalam pada itu, Sultan Ibrahim akan juga dianugerahkan dengan ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang daripada Universiti Nasional Singapura (NUS), dalam lawatannya kali ini.



Presiden Halimah, selaku Canselor NUS, akan menyampaikannya kepada Sultan Ibrahim sebagai mengiktiraf sumbangannya dalam usaha penambahbaikan hubungan dua hala antara Johor dan Singapura.



Kebun Bunga Singapura pula akan mengabadikan nama Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah pada hibrid orkid baru, ‘Dendrobium Ibrahim Zarith’, sebagai penghormatan di atas lawatan rasmi berkenaan.



Orkid merupakan bunga kebangsaan Singapura.



Sementara itu, Sultan Ibrahim dijangka berkunjung ke beberapa lokasi termasuk tapak Projek laluan Sistem Transit Laju (RTS) di Woodlands, Iseas-Institut Yusof Ishak dan Pangkalan Udara Sembawang.



Raja Zarith pula akan berkunjung ke sekolah pelajar istimewa kendalian Persatuan Golongan Keperluan Khas, APSN Delta Senior School dan Muzium Tamadun Asia.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >