Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumbangan, peranan cendekiawan dan pemimpin bentuk identiti kaum minoriti dikupas

Jul 04, 2021 | 05:30 AM



KEPIMPINAN masyarakat serta golongan cendekiawan memainkan peranan penting dalam membentuk identiti Melayu Singapura sebagai sebuah masyarakat minoriti yang menyumbang secara aktif pada negara.



Dalam pada itu, kekuatan masyarakat Melayu juga perlu dikenal pasti dan diperkembangkan untuk menyerlahkannya sebagai teladan bagi masyarakat minoriti di negara lain, kata pemimpin masyarakat, Haji Maarof Salleh dalam satu sesi perbincangan Siri Cendekiawan Lestari (CLS) anjuran Yayasan Warisan Melayu (MHF) semalam.



"Usaha kita memajukan diri, kalau kita dapat lakukannya dengan baik, teratur, dengan lapang dada dan dengan perpaduan lagi rapat, bukan saja melonjakkan status kita sebagai Melayu Singapura yang tak boleh diperkotak katikkan tapi membolehkan kita untuk menjadi model sebuah masyarakat minoriti majmuk untuk diteladani," katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Maarof.



Berjudul 'Masyarakat Melayu Singapura: Isu Agama, Budaya & Identiti', Cikgu Maarof telah membincangkan pembentukan identiti masyarakat Melayu minoriti Singapura yang dipengaruhi agama, budaya dan sejarahnya dalam sesi itu yang turut menampilkan Pengerusi MHF dan Zamil Kanan Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat sebagai moderator.



Menyentuh tentang contoh pendekatan yang dikagumi anggota masyarakat minoriti di negara lain, Cikgu Maarof berkata antaranya adalah berkaitan pembinaan masjid di Singapura yang menggunakan dana dari masyarakat Melayu/Islam sendiri melalui skim Dana Pembangunan Masjid (MBF).



"Banyak saya dapati kunjungan dari negara semenanjung yang ingin belajar dari kita, macam mana boleh bina masjid guna duit orang Islam sendiri.



"Kita perlu sedar kita ada kekuatan yang boleh dikembangkan, dibanggakan, diperbanyakkan, dan ini mungkin boleh menghilangkan pemandangan yang lebih negatif terhadap masyarakat Melayu," katanya, yang pernah menerajui Muis dari 1996 hingga 2003.



Meskipun demikian, beliau menambah setiap masyarakat pastinya akan menghadapi cabaran masing-masing, namun dengan mengambil sikap optimistik serta kerjasama, kelemahan boleh diperbaiki.



Menggunakan pendekatan pengalamannya serta pemerhatiannya sebagai aktivis masyarakat dan pengalaman lebih 40 tahun sebagai seorang pendidik, Cikgu Maarof turut membahas tentang cabaran yang timbul dalam kehidupan masyarakat Melayu pada masa dahulu, kini dan akan datang.



Ini merupakan sesi ketiga ceramah anjuran MHF itu yang memaparkan tokoh masyarakat dan meraikan budaya intelek yang berlangsung sejak Januari dan akan melabuhkan tirainya Oktober ini.




"Usaha kita memajukan diri, kalau kita dapat lakukannya dengan baik, teratur, dengan lapang dada dan dengan perpaduan lagi rapat, bukan saja melonjakkan status kita sebagai Melayu Singapura yang tak boleh diperkotak katikkan tapi membolehkan kita untuk menjadi model sebuah masyarakat minoriti majmuk untuk diteladan... Kita perlu sedar kita ada kekuatan yang boleh dikembangkan, dibanggakan, diperbanyakkan, dan ini mungkin boleh menghilangkan pemandangan yang lebih negatif terhadap masyarakat Melayu."
– Haji Maarof Salleh




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >