Subuh
5:58
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:40
Maghrib
7:22
Isyak
8:33

Sumbangan Sata sama-sama tangani pandemik dapat pujian

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Sumbangan Sata sama-sama tangani pandemik dapat pujian

Presiden Halimah iktiraf peranan, ketangkasan Sata dalam bawa penjagaan perubatan kepada masyarakat
Aug 14, 2022 | 05:30 AM

PERTUBUHAN jagaan kesihatan amal, Sata CommHealth, telah mempamerkan sikap tangkas, keupayaan menyesuaikan diri dan kegigihan dalam menangani cabaran pandemik Covid-19 untuk membawa penjagaan perubatan kepada masyarakat, demikian kata Presiden Halimah Yacob.

Semasa krisis Covid-19, beliau berkata Sata antara lain telah mengerahkan kakitangan di barisan depan dan memanfaatkan teknologi seperti kenderaan elektrik perubatan mudah alih untuk menawarkan vaksinasi influenza dan pneumococcal kepada warga emas yang berisiko dalam masyarakat.

Tambahnya, mereka juga mengadakan lawatan ke rumah dan telekonsultasi bagi individu yang tidak dapat keluar rumah.

Dengan sokongan teguh mereka semasa krisis itu, Puan Halimah berkata usaha Sata telah membantu masyarakat mengharungi tempoh yang sukar itu.

"Pandemik Covid-19 mencabar keupayaan kita sebagai sebuah negara untuk kekal tabah dan berdaya tahan dalam menghadapi ancaman yang tidak dapat dilihat ini.

"Saya rasa senang Sata bangkit menghadapi cabaran ini," ujarnya sambil menambah bahawa Sata pantas bertindak memenuhi keperluan masyarakat untuk menawarkan khidmat tangani Covid-19 kepada warga Singapura dan pekerja asing semasa pandemik itu.

Puan Halimah berkata demikian semasa berucap di majlis jamuan malam sempena ulang tahun ke-75 Sata di Orchid Country Club malam tadi.

Dalam ucapannya, beliau turut menarik perhatian bahawa misi Sata untuk menggalak kesihatan sepanjang hayat adalah sejajar dengan usaha Kementerian Kesihatan (MOH) bagi menyediakan penjagaan kesihatan yang bermutu tinggi bagi Singapura.

Sata antara lain juga mengendalikan program Strong Bones - Osteoporosis and Fall Prevention (Tulang Kuat - Osteoporosis dan Pencegahan Jatuh) yang dibiayai Cabaran Presiden untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya langkah pencegahan jatuh dalam kalangan warga emas menerusi bengkel pendidikan kesihatan, wadah menilai kesihatan tulang sendiri serta khidmat pemeriksaan dan rawatan.

Sementara itu, Puan Halimah berkata MOH terus memastikan semua orang boleh mendapatkan penjagaan kesihatan dan tiada orang dinafikan penjagaan perubatan disebabkan mereka tidak mampu

Menerusi inisiatif seperti Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) misalnya, semua warga Singapura yang layak boleh mendapat subsidi di klinik Chas bagi penyakit kronik tertentu tanpa mengira pendapatan.

Warga emas Generasi Perintis dan Merdeka juga boleh mendapatkan subsidi tambahan bagi penjagaan perubatan mereka.

Puan Halimah berkata adalah menggalakkan Sata juga dibina atas dasar ini, bahawa penjagaan kesihatan boleh didapatkan dan dimampui semua orang.

"Saya berharap anda (Sata) akan terus berinovasi dan meninggalkan kesan kepada generasi akan datang di negara ini bagi 75 tahun akan datang dan selanjutnya, serta terus menawarkan jagaan bagi semua orang," ujarnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3