Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarat baru pelajar menengah masuk langsung ke tahun kedua ITE Nitec Lanjutan

Jul 21, 2023 | 06:16 PM



Dengan tiada lagi label aliran Ekspres atau Normal, pelajar sekolah menengah yang ingin memasuki Institut Pendidikan Teknikal (ITE) langsung ke tahun kedua kursus Nitec Lanjutan akan perlu memenuhi syarat kemasukan baru mulai 2028.

Syarat kemasukan langsung ke tahun kedua bagi semua kursus Nitec Lanjutan akan ditetapkan pada peringkat G2 – bersamaan tahap Normal Akademik – di bawah Pengumpulan Berdasarkan Subjek (SBB) Penuh.

Pelajar yang mengambil gabungan subjek G3 dan G2 boleh memasuki secara langsung ke tahun kedua Nitec Lanjutan asalkan mereka meraih skor agregat ELMAB3 -– subjek Inggeris, Matematik dan tiga subjek terbaik – sekurang-kurangnya 19 mata, umum Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan pada Jumaat.

MOE menambah bahawa subjek G3 – iaitu subjek tahap lebih tinggi – akan dipadankan kepada tahap G2 bagi pengiraan markah agregrat.

Subjek G3 adalah bersamaan tahap Ekspres.

Ini sedang ITE dalam perjalanan untuk mengalihkan semua kursus Nitec kepada struktur kurikulum tiga tahun dipertingkat yang membawa kepada pensijilan Nitec Lanjutan secara langsung menjelang 2026.

Kini, laluan Nitec Lanjutan boleh diakses pelajar GCE peringkat ‘O’, sebahagian pelajar aliran Normal Akademik menerusi Skim Kemasukan Langsung ke Program Politeknik (DPP) serta pelajar Nitec.

MOE berkata: “Diambil bersama, syarat kemasukan disemak untuk ke laluan posmenengah akan meluaskan akses kepada peluang mempertingkat diri, memberikan lebih banyak fleksibiliti dan mengiktiraf minat serta kekuatan pelajar dengan lebih baik, sambil memastikan tuntutan akademik dan kemampuan pelajar untuk menangani kurikulum.”

Sekolah menengah, ITE dan politeknik juga akan terus memberikan Bimbingan Kerjaya dan Pendidikan (ECG) untuk menyokong pelajar.

Pelajar yang memerlukan lebih banyak sokongan ECG yang disasarkan boleh terus mendapatkan nasihat daripada guru-guru serta pensyarah mereka, atau menemui kaunselor ECG bagi kaunseling individu mahupun secara berkumpulan, kata MOE.

Dalam ucapan yang disampaikan sewaktu majlis tamat pengajian ITE pada Jumaat, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata penting bagi pelajar melengkapi diri dengan kemahiran terbaru.

“Untuk melakukan ini, kami perlu membina kerjasama lebih kukuh antara institusi dengan industri.

“Apabila institusi dan industri bekerjasama, kami membina kurikulum yang teguh dan terkini buat pelajar kami, dan selanjutnya, ekonomi yang kukuh serta berdaya saing.”

Beliau menukil contoh bagaimana banyak pihak berkepentingan telah turut serta untuk mereka dan melaksanakan bersama struktur kurikulum ITE dipertingkat supaya tertumpu kepada latihan industri.

Usaha sebegini, kata Encik Chan, akan membolehkan pelajar untuk menjadi lebih siap siaga bagi tenaga kerja, dan untuk syarikat meningkatkan daya saingnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >