Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat media SG digesa pandang ke hadapan, berinovasi: Josephine

Sentuh peranan media sampaikan laporan benar, tepat sepanjang pandemik yang telah bantu kekalkan keyakinan warga sepanjang dua tahun lalu
Jun 11, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, menggesa syarikat media setempat memandang ke hadapan dan berinovasi dengan pengalaman yang baru dan lebih baik.



Tambahnya, syarikat media setempat juga harus bereksperimen dengan kandungan yang baru dan lebih baik dengan penulisan yang tepat dan menarik, penyuntingan yang kukuh dan visual yang berkesan.



Malah, mereka juga harus berusaha berkhidmat kepada orang ramai dengan lebih cemerlang menerusi berita yang bukan sahaja menarik tetapi berupaya mempertingkat minda dan menyatukan hati.



Cik Teo berkata demikian semasa berucap di majlis jamuan malam Kelab Wartawan Singapura di Orchard Hotel malam tadi.



Dalam ucapannya, beliau turut menarik perhatian bahawa usaha media setempat menyampaikan laporan berita yang benar dan tepat sepanjang pandemik Covid-19 telah membantu mengekalkan keyakinan warga Singapura sepanjang dua tahun lalu.



"Usaha media setempat merakam cabaran yang diharungi Singapura serta sifat inovatif dan daya tahannya menghadapi Covid-19... akan membolehkan anak cucu kita menghargai bagaimana Singapura kekal berdaya tahan mengatasi krisis generasi ini," ujarnya sambil menambah, inilah legasi media setempat.



Menekankan pentingnya rasa yakin dalam krisis kesihatan awam, Cik Teo berkata itulah sebabnya pemerintah teguh mempertahannya sepanjang krisis pandemik ini dan sentiasa ingin memastikan orang ramai mendapat maklumat mencukupi serta yakin dengan maklumat yang disampaikan serta sumber maklumat itu, termasuk media.



"Media setempat kita dapat mengekalkan dan membina keyakinan orang awam selama ini kerana (mereka) sentiasa berusaha menyampaikan laporan berita yang tepat, benar dan sesuai dengan masanya," ujarnya.



Cik Teo turut menarik perhatian rasa saling percaya dan menghomati antara pemerintah dengan media.



Hubungan ini dibina atas nilai penting yang pemerintah letakkan bagi peranan media setempat dalam usaha pembangunan negara, ujar beliau.



Tambahnya, beliau yakin ini akan berterusan di bawah pimpinan pemimpin generasi keempat (4G) parti pemerintah.



Sempena ulang tahun ke-50 Kelab Wartawan Singapura, lima wartawan dan karyawan media turut diiktiraf menerusi Anugerah Kelab Wartawan Singapura yang diperkenal buat kali pertama tahun ini. Penerimanya menerima anugerah mereka daripada Cik Teo.



Mereka termasuk koresponden The Business Times, Cik Kelly Ng, serta wartawan Today, Cik Nabilah Awang, yang diiktiraf dengan Anugerah Bintang Baru - Wartawan Muda.



Editor penggambaran data The Straits Times, Cik Rebecca Pazos, serta wartawan kanan 8World News, Cik Chai You Xia, turut diiktiraf dengan Anugerah Bintang Baru - Wartawan Digital Muda.



Anugerah Bintang Baru yang mengiktiraf wartawan muda cemerlang berusia bawah 35 tahun disokong oleh Citibank.



Sementara itu, Anugerah Kewartawanan Kemampanan CDL-Kelab Wartawan Singapura pula disampaikan kepada penolong editor berita yang juga koresponden sains dan alam sekitar The Straits Times, Cik Audrey Tan.



Sempena ulang tahun ke-50 Kelab Wartawan Singapura, seramai 50 individu daripada bidang media dan bidang berkaitan media turut diabadikan dalam Balai Kemasyhuran Industri Media Singapura yang dilancarkan malam tadi bagi sumbangan mereka yang berharga dan meninggalkan kesan sepanjang kerjaya mereka dalam industri tersebut.



Antara mereka termasuk dua mantan editor Berita Harian, Encik Guntor Sadali dan Encik Zainul Abidin Rasheed.



Dalam kalangan 50 individu itu juga termasuk 14 perintis yang telah diabadikan dalam senarai itu secara anumerta.




"Usaha media setempat merakam cabaran yang diharungi Singapura serta sifat inovatif dan daya tahannya menghadapi Covid-19... akan membolehkan anak cucu kita menghargai bagaimana Singapura kekal berdaya tahan mengatasi krisis generasi ini.

Media setempat kita dapat mengekalkan dan membina keyakinan orang awam selama ini kerana (mereka) sentiasa berusaha menyampaikan laporan berita yang tepat, benar dan sesuai dengan masanya."

- Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo.




SENARAI PENERIMA ANUGERAH KELAB WARTAWAN S'PURA



Anugerah Bintang Baru - Wartawan Muda:



Koresponden The Business Times, Cik Kelly Ng

Wartawan Today, Cik Nabilah Awang



Anugerah Bintang Baru - Wartawan Digital Muda:



Editor penggambaran data The Straits Times, Cik Rebecca Pazos

Wartawan kanan 8World News, Cik Chai You Xia



Anugerah Kewartawanan Kemampanan CDL - Kelab Wartawan Singapura:



Penolong editor berita yang juga koresponden sains dan alam sekitar The Straits Times, Cik Audrey Tan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >