Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TAA sasar kumpul $1.2j

Apr 12, 2021 | 05:30 AM



TABUNG Amal Aidilfitri (TAA) telah meletakkan sasaran kutipan dana sebanyak lebih $1.2 juta bagi kempen amal Ramadan tahun ini, dengan derma dalam talian menjadi platform utama untuk pungutan derma dana tersebut.



Ini sedang pandemik Covid-19 masih boleh terus menjejas pungutan derma secara fizikal melalui tabung, lebih-lebih lagi bazar Hari Raya di Geylang Serai ditiadakan buat tahun kedua berturut-turut.



Sebelum ini TAA melancarkan laman web mendermanya, www.TAA.sg tahun lalu.



Berita Harian difahamkan sekitar 90 peratus kutipan derma tahun lalu diterima menerusi dalam talian.



Pada 2020, TAA mengagihkan $1.5 juta kepada 3,300 benefisiari - pengagihan dana tertinggi dalam sejarah tabung amal itu.



Berucap di majlis pelancaran kempen amal Ramadan TAA 2021 di Wisma Geylang Serai semalam, ketua jawatankuasa eksekutif TAA, Encik Farihullah Abdul Wahab, Saifullah berkata TAA bergantung kepada derma awam untuk mengagihkan bantuan kewangan kepada yang memerlukan.



"Cabaran yang dihadapi TAA akibat pandemik Covid-19 tidak pernah berlaku sebelum ini.



"Kesannya telah membuat kami memikirkan dan membentuk semula strategi dan operasi kami, supaya kami dapat melangkah ke depan dan kekal mampan dalam menyediakan bantuan kewangan kepada golongan yang kurang bernasib baik," katanya.



Tahun ini, TAA akan membantu lebih 3,500 benefisiari.



Bilangan benefisiari tahun ini adalah yang tertinggi sepanjang 10 tahun TAA menjalankan kutipan derma bantuan Aidilfitri bagi golongan memerlukan.



Turut hadir di majlis pelancaran semalam ialah Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohd Maliki Osman.



Bercakap kepada media, Dr Maliki berkata kenaikan jumlah benefisiari menunjukkan bahawa kesan Covid-19 terus menjejas masyarakat Melayu/Islam dan menggesa lebih ramai tampil untuk menghulurkan sumbangan.



Dr Maliki menambah:



"Sebagai satu masyarakat, kita harus menunjukkan daya tahan untuk bangkit dari cabaran kewangan ini, dan meskipun keadaan ekonomi kelihatan tidak secerah sebelum tempoh Covid, ia tidak bermakna semangat memberi harus terhenti."



Dengan slogan kempen, "Ikhlas Menderma, Bersyukur Bersama", fokus TAA tahun ini adalah untuk meningkatkan lagi bantuan kepada para benefisiari.



Ini akan dilaksanakan menerusi kempen amal Ramadan dengan kerjasama rakan media seperti Mediacorp Radio Warna942, Berita Mediacorp dan Berita Harian untuk mendekati masyarakat.



TAA juga akan bekerja rapat dengan rakan agensi seperti M3 (M Kuasa Tiga), pejabat perkhidmatan sosial (SSO) dan Kurnia@Wisma Geylang Serai untuk menyediakan bantuan yang lebih luas kepada benefisiari.



Tiga selebriti setempat, pelakon Shahril Wahid, pelawak Alias Kadir, dan Cef Mel Dean turut dilantik sebagai duta amal tahun ini bagi menyokong kegiatan kempen TAA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >