Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06

Tabur bakti lebih empat dekad sebagai sukarelawan masjid

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PROFIL

Tabur bakti lebih empat dekad sebagai sukarelawan masjid

Jun 10, 2022 | 05:30 AM

BIARPUN sibuk dengan kerjayanya suatu ketika dulu, Cik Siti Sopiah Kasmani tetap meluangkan masa dengan kerja-kerja sukarelawan.

Nenek tiga cucu ini telah menabur bakti kepada dua masjid yang dekat di hatinya selama lebih empat dekad lamanya.

Masjid Muhajirin di 275 Braddell Road, dan Masjid Al-Muttaqin, yang terletak di Ang Mo Kio Avenue 6, ini bak 'rumah kedua' kepada Cik Siti Sopiah dan telah menjadi sebahagian dari kehidupannya.

Kini, biarpun sudah bersara daripada mengajar di sekolah, sikap ingin mencurahkan ilmu dan berkhidmat kepada masyarakat dan teman-teman di masjid serta generasi muda masih terus membara,

Berkongsi pengalamannya sebagai relawan masjid, bekas guru Bahasa Melayu di beberapa sekolah rendah berusia 74 tahun ini memberitahu Berita Harian (BH) bahawa skop dan peranan masjid telah banyak berubah sepanjang empat dekad lalu.

Antara yang ketara ialah relawan wanita yang kini diberi jawatan atau peranan lebih penting seperti Naib Pengerusi atau ahli Lembaga Pentadbir Masjid (LPM) atau ahli jawatankuasa - bukan setakat merewang kerja-kerja di dapur ketika masjid mengadakan kenduri kendara.

Cik Siti Sopiah berkata, beliau terdorong menjadi relawan kerana pengaruh ibu bapanya yang suka menolong jiran dan sahabat dalam kesusahan.

Pada 1976, sewaktu pembinaan Masjid Muhajirin baru bermula, keluarganya turut menyumbang melakukan kerja-kerja amal untuk pembinaan masjid.

Masjid Muhajirin merupakan masjid pertama didirikan di bawah skim Dana Pembinaan Masjid (MBF) dengan bantuan pemerintah dan merupakan juga masjid satelit pertama di sini.

"Pada awalnya, pada 1970-an, saya ingin meneruskan usaha murni ibu bapa saya dengan membantu mereka yang memerlukan. Bermula daripada situ, saya mula menjadi sukarelawan masjid hingga ke hari ini.

"Saya juga pernah memimpin dan menyandang tugasan sebagai Ketua Muslimah di bawah pimpinan Ustaz Abdul Manaf, Pengerusi Masjid Muhajirin ketika itu.

"Saya juga turut aktif di Masjid Al-Muttaqin sejak tahun 2008 lagi. Ini kerana selain masjid ini dekat dengan rumah saya, suami juga merupakan mantan Pengerusi masjid, jadi kami berdua banyak meluangkan masa di masjid ini," jelasnya lagi, yang turut menjadi sukarelawan di badan Melayu Islam yang lain seperti di Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).

Menurut Cik Siti Sopiah, ada yang pernah menganggap relawan wanita sebagai "tukang angkat dulang" semata-mata, namun kini, ia telah banyak berubah.

" Kami di masjid bukan hanya menyelenggarakan kursus fardu ain atau mengaji sahaja, tetapi program celik kewangan, sesi lawatan, sesi seminar kesihatan serta keselamatan seperti mengajar para peserta menggunakan kotak pertolongan cemas pernah diadakan.

"Skop sukarelawan juga banyak berubah, dan kami banyak membantu dalam merealisasikan program-program yang ingin diutarakan oleh pihak masjid itu sendiri, contohnya di bulan Ramadan dan projek pengumpulan dana," ujar Cik Siti Sopiah, ibu kepada dua anak ini dan merupakan Pendamping atau 'Befriender' masjid.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3