Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAGAIMANA TEKNOLOGI BANTU SELARAS HAJI DAN UMRAH

Kad digital bijak bagi permudah jemaah di Tanah Suci

Jun 29, 2022 | 05:30 AM



JEMAAH haji tahun ini akan dapat memanfaatkan kad digital bijak yang membolehkan mereka membuat bayaran dan urus niaga secara digital.



Antara yang disertakan dalam kad bijak itu termasuk butiran peribadi, perubatan dan tempat tinggal jemaah.



Kad bijak itu juga penting dalam membantu jemaah ke lokasi khusus tempat penginapan jemaah di tapak suci dan membolehkan mereka mengakses pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.



Di samping itu, jemaah juga boleh memanfaatkan satu aplikasi Jemaah Bijak untuk memudahkan komunikasi dengan pembekal khidmat dan melaporkan sebarang pencabulan atau memfailkan sebarang aduan kepada pihak kementerian.



Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif 'Haj Bijak' oleh Arab Saudi sebagai sebahagian daripada Visi 2030 untuk memperbaiki dan memperhalusi pengalaman jemaah haji.



Timbalan Menteri Khidmat Haji dan Umrah di Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Amr Al Maddah, mengongsi perkembangan terbaru ini menerusi satu webinar kelmarin.



Ia dianjurkan dengan kerjasama Institut Timur Tengah, Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Institut bagi Pengajian Diplomatik Putera Saud Al Faisal.



Kad itu telah diperkenalkan buat kali pertama kali pada 2019 sebagai satu bentuk ujian dan fasa pertama kad bijak itu telah dilancarkan pada Disember 2020.



Tahun ini juga merupakan tahun pertama kad bijak itu boleh digunakan jemaah antarabangsa.



"Pada awalnya kita lihat banyak sekatan dan cabaran akibat pandemik Covid-19. Tetapi sebaliknya ia memberi kita peluang dan ruang untuk meninjau dan meneroka inisiatif baru bagi melancarkan lagi proses ibadah haji para jemaah yang datang dari pelbagai pelosok dunia," kata Dr Amr.



Kad itu beroperasi dengan memanfaatkan komunikasi Perhubungan Jarak Dekat (NFC), yang merupakan teknologi hubungan tanpa wayar jarak dekat yang membolehkan alat NFC itu berhubungan antara satu sama lain.



Ia juga mempunyai kod QR untuk memudahkan jemaah mengimbasnya di kiosk atau khidmat layan diri yang ditempatkan di tapak suci.



Ia boleh turut diimbas pegawai yang bertugas bagi mengakses data jemaah.



Setiap kad mengandungi maklumat asas jemaah termasuk nombor pendaftaran, nombor telefon dan nombor pengenalan pegawai yang memimpin mereka.



Ia juga dapat membantu jemaah yang hilang mencari lokasi penginapan mereka.



Kad itu ditadbir menerusi sebuah pusat untuk mengawal semua perkhidmatan.



Apabila ditanya bagaimana warga emas dapat dibantu sekiranya mereka mengalami kesukaran menggunakan kad digital itu, Dr Amr berkata, kad fizikal akan diberikan kepada setiap jemaah.



"Kebanyakan warga emas hari ini juga mahir dalam menggunakan telefon bijak.



"Jika tidak pun, kami akan memberikan kad fizikal kepada setiap anggota jemaah untuk mempermudahkan urusan," katanya.



Kad plastik fizikal itu mempunyai warna hijau, merah, kuning dan biru.



Warna itu sepadan dengan tanda warna yang terdapat di permukaan jalan untuk memimpin jemaah sepanjang proses pelaksanaan ibadah haji.



Dr Amr juga berkata kad itu dijangka mempermudahkan urus niaga tanpa sentuhan pada masa hadapan dengan kad tersebut boleh dijadikan sebagai dompet dalam talian untuk membuat bayaran.



Merujuk kepada aplikasi Jemaah Bijak atau aplikasi Eatmarna pula, Dr Amr berkata ia ia memberi peluang kepada semua Muslim memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dengan membuat tempahan dalam aplikasi tersebut.



Daripada segi penggunaan teknologi lain pula, Dr Amr mengongsi bagaimana kecerdasan buatan (AI) dan teknologi maklumat turut dimanfaatkan untuk melindungi jemaah yang menunaikan haji semasa pandemik Covid-19



Pihak kerajaan Saudi menggunakan robot, skrin interaktif dan huraian teknologi bermutu bagi membantu mengurangkan hubungan antara individu.



Robot teknologi AI dikerahkan untuk mengagihkan air zamzam kepada jemaah sekali gus mengelakkan hubungan fizikal antara individu.



Pihak berkuasa juga telah meletakkan lebih 60 skrin di Makkah untuk memastikan jemaah tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa mengerjakan ibadah haji.



Mesej itu juga akan disiarkan dalam bahasa berbeza pada skrin agar ia lebih mudah difahami para jemaah haji.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >