Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Taman Canopy Jewel taraf dunia

Jun 8, 2017 | 5:30 AM
Taman Canopy. - Foto JEWEL CHANGI AIRPORT
Taman Canopy. - Foto JEWEL CHANGI AIRPORT -

MENJELANG 2019, kompleks runcit Jewel di Lapangan Terbang Changi menjanjikan pengunjung satu daya tarikan bertaraf dunia.

Pelawat ke Jewel berpeluang meneroka Taman Canopy, taman tertutup di tingkat tertinggi Jewel.

Taman seluas 14,000 meter persegi atau sebesar 11 kolam renang bersaiz Olimpik itu bakal mempunyai pelbagai tarikan permainan, laluan pejalan kaki unik dan tempat makan.

Pelawat lebih berani boleh menikmati pemandangan sekitar dari lokasi setinggi 23 meter di atas Jambatan Canopy berlantaikan kaca.

Sambil berjalan di jambatan sepanjang 50 meter itu, mereka juga boleh menikmati pemandangan air terjun Rain Vortex setinggi 40 meter.

Antara tarikan utama lain Taman Canopy itu termasuk taman permainan Discovery Slides, permainan Sky Nets setinggi 25 meter dan Canopy Maze.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg