Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tambang ke M'sia naik lepas pilihan raya diumum

Harga tiket pesawat lebih tinggi hambat pekerja M'sia di S'pura pulang mengundi
Nov 01, 2022 | 05:30 AM



BAGI seorang warga Malaysia yang bekerja di Singapura, Encik Muhd Hafizuddin Ismail, harga tiket penerbangan lebih tinggi menyebabkan beliau tidak pasti apakah akan pulang ke Pulau Pinang untuk mengundi bagi pilihan raya umum negara itu.



Memandangan tambang itu melebihi bajetnya, Encik Muhd Hafizuddin masih menunggu dan berharap harga tiket turun agar beliau dapat pulang dua atau sehari sebelum hari mengundi pada 19 November.



Menurut Encik Muhd Hafizuddin, sehari selepas tarikh pilihan raya diumumkan pada 20 Oktober, beliau mendapati tembang penerbangan pergi balik dari Singapura ke Pulau Pinang mencecah RM1,017 ($303) - kira-kira 50 peratus lebih tinggi daripada yang biasa dibayarnya.



Ketika itu beliau, 30 tahun dan bekerja di sebuah hospital di Changi, tidak menempah tiket penerbangan kerana berharap ia akan turun.



Sebalik, ia terus melonjak.



Beliau sebahagian daripada kira-kira 900,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, tetapi tidak semestinya tinggal di sini, yang layak mengundi.



Tinjauan Berita Harian mendapati harga penerbangan tambang murah dari Singapura ke Kuala Lumpur yang berlepas pada 18 November dan pulang pada 20 November kini antara RM900 hingga hampir RM1,300.



Sebagai perbandingan, penerbangan serupa seminggu kemudian - berlepas pada 25 November dan pulang pada 27 November - berharga RM680 hingga RM850.



Seorang lagi warga Malaysia yang bekerja di Singapura, Encik Rosman Abdullah, 35 tahun, berkata beliau pulang ke Kuala Lumpur mengundi pada pilihan raya umum ke-14 pada 2018.



"Tetapi kali ini, saya tidak pasti. Dengan segala pergolakan politik kebelakangan ini, saya pun tidak tahu parti mana yang hendak diundi.



"Saya rasa mungkin tidak berbaloi untuk pulang mengundi kali ini, terutama dengan harga tiket mahal," kata beliau.



Kemudahan undi melalui pos tidak disediakan untuk rakyat Malaysia yang tinggal di Singapura, selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan di Indonesia.



Encik Muhd Hafizuddin berkata beliau lebih suka membuang undi secara peribadi kerana berpeluang juga pulang melawat saudara-maranya di Malaysia.



Harga tiket penerbangan Singapore Airlines (SIA) ke Kuala Lumpur meningkat semasa Tahun Baru Cina tahun ini, khususnya dari 28 Januari hingga 6 Februari.



Carian di laman web SIA menunjukkan harga tiket penerbangan pergi balik sekitar Februari lalu meningkat kepada $616.



Sebagai perbandingan, harga penerbangan Scoot ialah $419, dan hampir $390 oleh Malaysian Airlines (MAS).



Selain tiket kapal terbang, tiket bas juga mendapat permintaan tinggi. Jurucakap platform Redbus berkata terdapat peningkatan dalam tempahan bagi tempoh 17 hingga 20 November.



"Permintaan tertinggi ialah pada 18 November - lebih 10 kali ganda jumlah tempahan pada hari itu berbanding 11 November," ujar jurucakap itu.



Lebih 130 pengendali bas menggunakan platform Redbus untuk penjualan tiket mereka di Malaysia dan Singapura.



Jurucakap itu berkata lebih 6.7 juta pengguna membeli tiket bas melalui Redbus tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >