Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tanam pokok untuk sokong kepentingan alam semula jadi

Sep 20, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 45 keluarga benefisiari di bawah Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC) kini berpeluang memberikan sokongan mereka dalam kemampanan sekitaran dan kehijauan menerusi kegiatan menanam pokok hasil kerjasama dengan Lembaga Taman Negara (NParks).



Kerjasama di bawah gerakan 'OneMillionTrees' itu akan membolehkan 45 keluarga dengan sekitar 140 anggota keluarga itu menyertai kegiatan menanam pokok sepanjang tiga hujung minggu di tiga taman berlainan.



Ini kali pertama CDAC bekerjasama dengan NParks untuk menganjurkan kegiatan sedemikian.



Acara menanam pokok yang pertama telah diadakan semalam di Taman Toa Payoh Town di Lorong 6 Toa Payoh.



Kegiatan itu disertai 13 keluarga yang menanam 40 pokok daripada 10 spesies berlainan.



Ia turut dihadiri tetamu terhormat, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat, yang juga anggota lembaga CDAC.



Pengarah Kanan (Sokongan Keluarga dan Pekerja) di CDAC, Cik Diong Siew Kuan, berkata usaha mendekati keluarga benefisiari di bawah gerakan 'OneMillionTrees' itu adalah bermakna.



"Keluarga tersebut dapat menyumbang kepada daya ketahanan iklim bandar dalam alam semula jadi kita menerusi kegiatan menanam pokok, mempelajari kepentingan kemampanan sekitaran dan mendekatkan diri kepada alam semula jadi, yang membantu mempertingkat kesejahteraan mental," kata beliau.



Acara menanam pokok yang kedua akan diadakan di Taman Marsiling pada 2 Oktober.



Bagi acara yang ketiga pula, ia dijadual diadakan di Penghubung Taman Ulu Pandan pada 3 Oktober nanti.



Cik Diong menambah bahawa pihaknya merancang mendekati lebih ramai keluarga dengan anak-anak yang bersekolah dan juga benefisiari warga emas menerusi kegiatan menanam pokok itu pada tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >