Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TANGKAPAN DI BAWAH ISA

Asatizah setempat anggap ideologi Zulfikar racun, semai permusuhan

Anjur masyarakat bersuara tentang ideologi radikal
Aug 02, 2016 | 05:30 AM



BEBERAPA asatizah setempat, yang pernah membaca pos Zulfikar Mohamad Shariff di media sosial menyifatkan ideologinya sebagai menyemai permusuhan, mengelirukan dan merupakan racun kepada perpaduan.



Malah, ramai juga tidak terperanjat dengan penangkapannya di bawah tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



Mereka juga berkata sudah tiba masanya masyarakat berdepan dengan ideologi yang disebarkannya itu.



Anggota Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustazah Kalthom Muhammad Isa, berkata beliau mengikuti perkembangan Zulfikar sebelum dia ditahan, dan "bimbang tentang fikirannya yang licik menyebarkan permusuhan".



"Perkara yang saya amat bimbang adalah ramai yang boleh cepat terpedaya dengan fikirannya melalui komentar yang terhasil daripada ideologinya.



"Maka adalah tanggungjawab bersama untuk bersuara secara terbuka bagi menentang ideologi yang tidak hormat terhadap kehidupan bersama dengan masyarakat lain di negara ini," kata Ustazah Kalthom.



Zamil Penyelidik Madya Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Ustaz Mustazah Bahari, menyifatkan ideologi Zulfikar sebagai berat sebelah dan tidak menggambarkan Islam sebenar mengikut konteks Singapura.



"Penahanannya juga adalah isyarat bahawa lontaran pandangan yang mengelirukan dan berat sebelah tidak boleh dibiarkan menjadi racun perpaduan hidup rakyat Singapura," ujar Ustaz Mustazah.



Zulfikar, 44 tahun, seorang calon Doktor Falsafah (PhD) di universiti di Melbourne ditahan di bawah ISA bulan lalu kerana menyebarkan ideologi radikal dalam media sosial sehingga meradikalkan sekurang-kurangnya dua warga lain.



Kelmarin, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, menggalak masyarakat Islam umum agar bersuara secara terbuka bagi membidas ideologi radikal dan tindakan Zulfikar yang melanggar batasan.



Pengarah Eksekutif Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff, akur tentang perlunya menentang fahaman pelampau.



"Segala anasir yang menyeru kepada sokongan terhadap kegiatan pengganasan daripada mana-mana agama pun, sama ada oleh IS atau pihak lain, patut ditentang. Ini termasuklah dengan menyuarakan ketidaksokongan kita dalam menentang pandangan ekstrem," ujar Ustaz Yusri.



Imam Eksekutif Masjid An-Nahdhah, Ustaz Dr Leyaket Ali Mohamed Omar, pula melihat sendiri Zulfikar meluahkan pendapatnya secara lantang mengenai masalah berkaitan dengan IS dan perkauman di Singapura, dan ada pendapatnya yang mengancam keharmonian di Singapura.



"Saya sendiri kurang selesa apabila membaca perbincangannya yang sangat berbaur perpecahan kaum.



"Ideologi Zulfikar sangat berbahaya dan perlu disekat.



"Dia pandai menyampaikan ideologinya dengan cara amat meyakinkan dan cuba menarik mereka yang rasa ditindas. Malangnya ideologinya penuh dengan kenyataan umum yang memesongkan pemahaman ramai pembaca," ujar Ustaz Leyaket.



Zulfikar mengakui selain hasratnya mempromosikan kumpulan militan IS (atau ISIS) dan jihad bersenjata, dia juga mahu pengikutnya di dalam talian menolak sistem negara demokrasi yang bersifat sekular dan kebaratan serta menggantikannya dengan penubuhan sistem khalifah Islam yang ditadbir undang-undang syariah.



Dalam perjumpaan Hari Raya bersama asatizah Khamis lalu, Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram berkata pejabat Mufti dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bersifat terbuka dan menghormati semua pihak dalam menangani isu kerencaman di kalangan masyarakat Islam Singapura.



Namun, perlu ada juga sikap tegas menolak pemikiran yang melanggar batasan yang sedia ada.



Antara lain, beliau berkata Singapura menolak pemikiran agama yang menyatakan bahawa seorang Muslim tidak boleh hidup di dalam negara berbilang kaum seperti Singapura atau pandangan yang menyeru kepada atau menggalakkan kekerasan dan keganasan.



Berhubung mereka yang ingin mengembalikan semula khilafah Islam, Dr Fatris menerangkan bahawa ini merupakan pemikiran utopia yang bermasalah dan hanya akan menambah kebingungan bahkan bercanggah dengan roh Islam yang mengajar bahawa umatnya boleh menjadi Muslim yang sempurna tidak kira di mana sahaja mereka berada.




"Perkara yang saya amat bimbang adalah ramai yang boleh cepat terpedaya dengan fikirannya melalui komentar yang terhasil daripada ideologinya.

Maka adalah tanggungjawab bersama untuk bersuara secara terbuka bagi menentang ideologi yang tidak hormat terhadap kehidupan bersama dengan masyarakat lain di negara ini."

- Anggota RRG, Ustazah Kalthom Muhammad Isa



"Ideologi Zulfikar sangat berbahaya dan perlu disekat. Dia pandai menyampaikan ideologinya dengan cara amat meyakinkan dan cuba menarik mereka yang rasa ditindas. Malangnya ideologinya penuh dengan kenyataan umum (yang memesongkan pemahaman ramai pembaca."
- Imam Eksekutif Masjid An-Nahdhah, Ustaz Dr Leyaket Ali Mohamed Omar.



"Penahanannya (Zulfikar) juga adalah isyarat bahawa lontaran pandangan yang mengelirukan dan berat sebelah tidak boleh dibiarkan menjadi racun perpaduan hidup rakyat Singapura."
- Zamil Penyelidik Madya Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Ustaz Mustazah Bahari.



"Segala anasir yang menyeru kepada sokongan terhadap kegiatan pengganasan daripada mana-mana agama pun, sama ada oleh IS atau pihak lain, patut ditentang. Ini termasuklah dengan menyuarakan ketidaksokongan kita dalam menentang pandangan ekstrem."
- Pengarah Eksekutif Pergas, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >