Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tawar makanan gantian kepada warga setempat

Apr 21, 2019 | 05:30 AM



JIKA boleh, Encik Ricky Lin ingin mengubah makanan warga Singapura dan cara kita memilih makanan.



Encik Lin, pengasas 'start-up' syarikat teknologi makanan Life3 Biotech, berkata beliau prihatin akan pilihan makanan warga Singapura.



"Sebenarnya, jika kita benarbenar meninjau makanan yang dijual di kedai kopi atau pusat penjaja makanan, kebanyakan pilihan yang ada (tanpa mengambil kira kaum atau kumpulan etnik) adalah makanan yang mengandungi kanji seperti nasi dan kurang kandungan protein dan sayur," ujar Encik Lin.



"Ini satu sebab kesihatan kita terjejas," tambahnya.



Didorong keinginan menghasilkan makanan yang sihat tetapi lazat, Encik Lin memulakan Life3 Biotech dan beberapa tahun lalu, menghasilkan produk sumber protein gantian, yang mempunyai rasa dan tekstur seperti ayam atau makanan laut.



Dalam laporan media lalu, Encik Lin berkata jenis makanan alternatif mengandungi sekurang-kurangnya 18 gram protein setiap 100 gram, kaya serat dan mempunyai kandungan lemak tepu yang rendah. Ia juga mengandungi vitamin A, B dan C serta magnesium.



Sebagai perbandingan, 100 gram tauhu mengandungi 8 gram protein, sementara 100 gram dada ayam mengandungi sekitar 26 gram protein.



Menurut Encik Lin, syarikatnya bakal menghasilkan produk makanan baru itu pada skala komersial tidak lama lagi, walaupun beliau enggan memberikan butiran lanjut kerana syarat yang dikenakan pelaburnya.



Bulan hadapan, beliau akan bekerjasama dengan Agensi Makanan Singapura dan Maktab Rendah Kebangsaan (NJC) untuk membuat penyelidikan dalam bidang pertanian di bandar.



Menurut Encik Lin, beliau senang hati dengan tahap kesedaran awam tentang daging yang dibuat daripada tanaman yang meningkat di Singapura pada masa ini.



"Saya harap kesedaran yang meningkat ini akan bertambah, dan selanjutnya orang awam akan lebih rela mencuba dan menggunakan makanan gantian ini," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >