Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Team SG diberi penghormatan di Parlimen

Jumlah anugerah wang tunai bagi atlet para akan ditambah
Oct 06, 2021 | 05:30 AM



PARLIMEN semalam merai pencapaian atlet Team Singapore di Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo baru-baru ini, dalam satu usul yang dibentangkan Menteri Budaya, Masyarakat dan Belia Edwin Tong.



Dalam ucapannya, beliau turut mengumumkan bahawa usaha sedang dijalankan untuk menambah anugerah wang tunai bagi atlet para dalam pertandingan utama.



Selain itu, sebuah Anugerah Presiden bagi Pencapaian Memberi Inspirasi baru akan dibentuk, dengan atlet para Yip Pin Xiu, yang memenangi lima pingat emas dalam Sukan Paralimpik, bakal menjadi penerima pertamanya.



Encik Tong dalam ucapannya mengesahkan komitmen pemerintah untuk menyokong dan meningkatkan sukan di Singapura, serta menyokong warga Singapura menyertai sukan di setiap peringkat - daripada akar umbi hingga pencapaian tinggi.



Beliau juga menyentuh tentang sokongan bagi sukan kurang upaya, dan isu jurang anugerah wang tunai bagi atlet biasa dan atlet para.



Isu tersebut timbul setelah Cik Yip memenangi dua pingat di Sukan Paralimpik di Tokyo dan menerima $200,000 bagi setiap pingat itu, berbanding $1 juta bagi setiap pingat emas Olimpik.



Semalam, Encik Tong menjelaskan jumlah itu ditawarkan di bawah dua skim berbeza yang dikendali oleh dua pertubuhan.



Program Anugerah Sukan Utama (MAP) bagi atlet biasa diurus Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC), manakala Anugerah Pencapaian Atlet (AAA) bagi atlet para diurus Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura (SNPC).



Nilai anugerah itu dikumpul dan ditentukan SNOC dan SNPC bersama penaja mereka, dan berdasarkan standard, saiz dan bidang pertandingan.



"Perbezaan jumlah wang tunai itu tidak mencerminkan bagaimana pemerintah menghargai atlet para berbanding dengan atlet biasa.



"Di mata kami, mereka semua atlet Team Singapore, dan setiap atlet, biasa mahupun kurang upaya, mempunyai nilai mereka tersendiri, yang kami iktiraf dan hargai," ujarnya.



Encik Tong berkata SNPC telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak untuk meningkatkan anugerah wang tunai bagi atlet para dalam pertandingan utama.



"Saya ingin menambah, selain memberi tumpuan pada anugerah wang tunai bagi pingat yang diraih atlet kita, penting juga, jika tidak lebih penting, menyediakan sumber untuk mengembangkan asas, dan mempertingkat seluruh ekosistem sukan kurang upaya," ujar beliau.



Ini termasuk memudahkan individu menyertai sukan tersebut, membuka lebih banyak kemudahan dan program, meningkatkan rangka kerja bimbingan dan latihan, memperkenal lebih banyak sukan kurang upaya, dan menyepadukan sukan kurang upaya dengan persatuan sukan nasional aliran utama.



Mengenai Anugerah Presiden bagi Pencapaian Memberi Inspirasi baru itu, Encik Tong berkata Presiden Halimah Yacob telah mempersetujui saranan itu.



Anugerah itu akan mengiktiraf warga Singapura yang telah mengharungi cabaran peribadi dan menjalani hidup yang memberi inspirasi.



Ia akan diberi oleh Presiden kepada individu yang telah membuat pencapaian dan sumbangan kepada masyarakat, dan mungkin tidak akan diberi setiap tahun, kata Encik Tong.



Seramai enam Anggota Parlimen tampil berucap untuk mengiktiraf pencapaian Cik Yip dan altet Team Singapore, yang beberapa anggotanya, termasuk Cik Yip, hadir dalam Dewan semalam.



Dalam ucapannya, Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade), yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NTUC Enterprise & NTUC FairPrice, berkata FairPrice akan terus menyokong atlet kurang upaya.



FairPrice menyumbang lebih $4.3 juta kepada pelbagai inisiatif sukan sejak 2008, kata beliau.




"Perbezaan jumlah wang tunai itu tidak mencerminkan bagaimana pemerintah menghargai atlet para berbanding dengan atlet biasa.

Di mata kami, mereka semua atlet Team Singapore, dan setiap atlet, biasa mahupun kurang upaya, mempunyai nilai mereka tersendiri, yang kami iktiraf dan hargai."

- Encik Edwin Tong, Menteri Budaya, Masyarakat dan Belia, semasa menjelaskan mengapa jumlah anugerah wang tunai bagi atlet biasa dan para berbeza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >