Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tekad ingin teruskan pengajian sehingga NUS

Tiga pelajar cemerlang madrasah dipilih sebagai penerima Anugerah Madrasah Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) tahun ini. Anugerah itu, yang diperkenalkan pada 2017, bertujuan mengiktiraf pelajar cemerlang madrasah berdasar peperiksaan nasional, sambil menggalak pelajar untuk mencapai matlamat tinggi dalam bidang akademik, kepimpinan dan keterlibatan masyarakat. Ikuti wawancara BERITA HARIAN bersama mereka.
Aug 12, 2021 | 05:30 AM



CITA-CITANYA untuk mengeluarkan kajian sains tersendiri serta berbakti semula kepada masyarakat adalah antara faktor utama beliau bekerja keras di sekolah dari dulu hinggalah sekarang.



Bekas pelajar Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, Encik Ahmad An-Nafees Mohd Najib, 17 tahun, memang meminati bidang sains dan matematik kerana menurutnya, "beliau seorang yang lebih cenderung pada logik".



Encik Ahmad An-Nafees adalah antara tiga pelajar yang telah menerima Anugerah Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) bagi pelajar madrasah tahun ini.



Mengulas, penerima bagi kategoril pelajar peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O' itu berkata:.



"Saya amat terkejut apabila mendapat tahu saya terpilih untuk menerima anugerah ini. Sebenarnya saya tak tahu anugerah LBKM ini wujud pun.



"Tetapi selepas dikhabarkan bahawa saya dipilih dan diberitahu tentang anugerah ini dengan lebih lanjut, saya menjadi ghairah, gembira dan bersyukur".



Anak ketiga enam beradik itu menambah, pandemik yang menjejas waktu persekolahan juga membuat persiapannya menghadapi peperiksaan lebih mencabar.



Namun, mujur guru-guru yang berdedikasi telah membantu persiapan para pelajar berjalabn selancar mungkin.



"Persiapan saya untuk peringkat 'O' adalah sesuatu yang tidak sama dengan apa saya alami untuk persiapan peperiksaan sekolah di mana ia lebih meletihkan dan terdapat banyak bahan rujukan yang harus saya ulang kaji.



"Tambahan lagi pada tahun itu kami mengalami tempoh pemutus rantaia jangkitan. Jadi masa pembelajaran di sekolah turut terjejas.



"Bagi saya itu adalah salah satu cabaran yang saya hadapi. Namun, ia tidak menjadi satu alasan."



Encik Ahmad An-Nafees, berkata kunci kecemerlangannya ialah kesediaan beliau untuk menelaah berulang kali sehingga ia menjadi satu tabiat semula jadi.



Sebagai contoh, sebagai antara persiapannya, beliau hampir selesai melakukan semua ujian dalam buku siri 10 tahun.



Menurut beliau, keputusan yang cemerlang dalam ujian-ujian menjelang peperiksaan menjadi motivasi bagi beliau terus bekerja keras.



Cara pembelajaran yang konsisten itu diteruskan beliau dalam pengajiannya di Politeknik Ngee Ann dalam bidang Kejuruteraan Sains sekarang.



"Saya memilih kursus itu kerana saya yakin ia lebih mempersiapkan diri saya untuk ke universiti dan kemudian dunia pekerjaan. Dalam pada itu, kursus ini juga membolehkan saya mendalami dua subjek kegemaran saya iaitu sains dan matematik.



"Bidangitu juga memberikan saya kelonggaran untuk menceburi bidang sains dan juga kejuruteraan yang berlainan di universiti nanti," katanya yang bercita-cita melanjutkan pengajian ke Universiti Nasional Singapura (NUS).



Berkongsi nasihat kepada para pelajar madrasah sekrang, Encik Ahmad An-Nafees berkata:



"Jangan tunggu untuk merancang perjalanan akademik kita. Rancang dari sekarang, dan berfikiran jauh dan paling penting miliki wawasan".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >