SEORANG pemandu teksi tersilap menekan pemecut kereta semasa mengundurkan teksinya di tempat letak kereta di Jurong West Street 81, menyebabkan teksinya terbabas ke tempat laluan antara Blok 816 dan 817 pagi tadi (19 Jan).
Penduduk di sekitar blok itu mendengar bunyi kuat dan melihat sebuah teksi dekat dinding tempat laluan pejalan kaki.
Encik Teo Seng Chwee, 56 tahun, berada di sebuah kedai kopi apabila beliau mendengar bunyi kuat itu. Beliau berkata pemandu teksi itu memijak pedal pemecut semasa berundur menyebabkan kereta itu terbabas.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) diberitahu mengenai pada 8.10 pagi dan menghantar ambulans ke tempat kejadian.
Tiada kecederaan dilaporkan, kata SCDF.
Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan, berkata ramai pencinta burung biasanya berkumpul di tempat laluan itu pada hujung minggu.
"Mujur ia hari biasa dan tidak ada orang di sana pada waktu pagi," katanya. "Jika tidak, pasti ada orang cedera."