Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tembakan di Hotel Shangri-La: Polis terpaksa bertindak 'kerana ancaman'

Mar 17, 2016 | 11:31 AM



DARIPADA berserah pada nasib, polis terpaksa memberhentikan kereta yang merempuh adangan keselamatan konkrit terakhir di luar Hotel Shangri-La Mei lalu, kata Peguam Cara yang juga Peguam Negara Kedua, Encik Kwek Mean Luck, pada Rabu (16 mac), apabila siasatan koroner ke atas kematian pemandu kereta itu berakhir.



Allahyarham Mohamad Taufik Zahar, 34 tahun, ditembak mati pada 31 Mei lalu oleh pegawai Gurkha di pusat pemeriksaan keselamatan yang didirikan berhampiran hotel tersebut, yang sedang menganjurkan Dialog Shangri-La, sidang puncak keselamatan utama yang dihadiri menteri pertahanan dan ketua tentera dari 27 negara.



Merumuskan pembentangan bukti Negara, Encik Kwek berkata: "Apabila kereta itu merempuh pengadang konkrit, polis tidak tahu dan tidak mempunyai masa atau peluang untuk mengetahui mengapa... apa ia bawa, dan ke mana ia hendak pergi. Ancaman bahaya dalam keadaan itu adalah nyata. Polis terpaksa bertindak, dan itu yang mereka lakukan."



Prosiding semalam juga menyaksikan penumpang belakang kereta itu, Muhammad Syahid Mohamed Yasin, memberi keterangan buat kali pertama tentang bagaimana dia dan kawan-kawannya ditembak.



Syahid, 27 tahun, Taufik dan seorang lagi rakan menuju ke Orchard Towers selepas gagal mendapatkan pelacur di Geylang. Mereka termasuk pusat pemeriksaan keselamatan tinggi di luar hotel itu kerana tersalah belok.



Ada dadah dalam kereta itu. Syahid berkata apabila seorang pegawai polis berkata kereta itu perlu diperiksa, dia memekik: "Kenapa awak nak periksa saya?"



Walaupun polis meneriak dan mengetuk kereta itu agar mereka berhenti, Syahid menggesa Taufik supaya memandu terus.



"Saya takut ditangkap. Saya hanya mahu keluar dari tempat itu... Apabila saya menjerit 'Jalan! Jalan!', ia dalam nada agresif dan ia bermaksud 'Pandu terus!'."



Selepas kereta itu merempuh adangan, ia terus bergerak lebih laju.



Mereka berada sekitar 35 meter dari hotel tersebut.



"Tiba-tiba saya mendengar tiga bunyi kuat. Saya takut. Saya nampak cermin depan retak. Pada masa sama, saya melihat kepala (Taufik) tersentak ke belakang ke sebelah kiri.



"Saya melihat darah di belakang kepalanya. Ia seolah-olah ada orang menyerang di belakang kepalanya dengan parang," kata Syahid, yang tahun lalu dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan sebat tiga kali kerana bersubahat melakukan perbuatan gopoh dan bagi kesalahan dadah.



Semasa siasatan tiga hari itu - dua hari pertama pada 26 dan 27 Jan - sembilan saksi, termasuk pegawai polis dan ahli sains forensik, memberi keterangan.



Encik Kwek berkata ada persoalan 'jika' ditimbulkan semasa siasatan tersebut, termasuk apa akan terjadi jika polis menunggu hingga mereka mempunyai peluang untuk mengesahkan mengapa kereta itu merempuh adangan tersebut, dan betulkah orang di dalam kereta itu mempunyai niat melakukan serangan pengganas.



Bagaimanapun, beliau berkata "ini tidak mudah atau malah tidak dapat dilakukan" polis berdasarkan fakta-fakta.



Pengajaran daripada kejadian itu, kata beliau, "bukan polis perlu berasa berat untuk menghentikan ancaman dalam situasi sama pada masa akan datang".



Koroner Negara Marvin Bay akan mendedahkan dapatan beliau pada 22 April.



 



Ralat: Laporan awal menyatakan nama pemandu sebagai Mohamed Taufik Zahar. Ia telah diperbetulkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >