Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tembok rosak dipercayai punca kejadian gondola terjuntai di Boon Lay

Jun 02, 2023 | 03:14 PM



TEMBOK yang rosak telah menyumbang kepada kejadian 11 Mei yang menyaksikan dua pekerja memanjat keluar dari gondola yang condong dan terjuntai di tingkat 15 blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Boon Lay.

Siasatan awal oleh Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) mendedahkan sokongan bahagian atas gondola itu menjadi longgar apabila tembok di bumbung blok HDB itu runtuh.

Selepas sokongan itu terlepas, seorang pekerja terpaksa memanjat keluar ke belebas dari gondola yang miring itu di tingkat 15 Blok 199, Boon Lay Drive itu, sebelum beliau diselamatkan oleh pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Seorang lagi pekerja berjaya memanjat ke dalam unit di tingkat 14.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata gondola atau perancah yang digantung, biasanya digunakan sebagai platform kerja sementara untuk pekerja menjalankan kerja di bahagian tinggi luar bangunan, sambil menambah bahawa terdapat kira-kira 5,000 gondola digunakan kini.

“Terdapat dua kemalangan di tempat kerja melibatkan penggunaan gondola pada 2022,dan satu pada 2023 setakat ini,” kata MOM.

Jurutera BCA hanya menemui kerosakan yang tertumpu di tembok tersebut itu dan menentukan bahawa bangunan itu kekal selamat dari segi struktur.

HDB berkata kerja-kerja yang dijalankan ke atas bangunan HDB melibatkan penggunaan gondola mesti dilakukan mengikut Peraturan Keselamatan dan Kesihatan (Perancah) Tempat Kerja.

“Sebagai contoh, sistem sokongan gondola mesti direka oleh jurutera profesional (PE) yang dikehendaki menjalankan pemeriksaan pemuatan bagi memastikan struktur sokongan dapat menanggung berat gondola.

“PE kemudiannya dikehendaki memeriksa dan memastikan bahawa sistem gondola didirikan dan dipasang mengikut reka bentuk ini, dan ia telah dipasang dengan betul pada bangunan sebelum digunakan,” tambah HDB.

Jurucakap Majlis Bandaran West Coast (WCTC) sebelum ini berkata bahawa sistem sokongan untuk gondola itu disediakan oleh kontraktor, Ban Contract Services, untuk pekerja berdiri sambil mengecat muka bangunan.

Pekerja yang mengendalikan gondola mesti menghadiri kursus khas untuk perancah yang digantung, sebagai tambahan kepada kursus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja pembinaan, kata jurucakap Akademi Persatuan Kontraktor Singapura Ltd (SCAL).

Insiden di Boon Lay itu berlaku menjelang akhir tempoh keselamatan dipertingkat, yang dikenakan MOM mulai 1 September 2022. Ia sepatutnya berakhir pada 28 Februari tetapi dilanjutkan kepada 31 Mei 2023.

​Tempoh keselamatan itu diperkenalkan berikutan kes kematian di tempat kerja yang meningkat pada 2022.

Walaupun tempoh itu menyaksikan penurunan kadar kematian di tempat kerja, bilangan kecederaan utama bagi setiap 100,000 pekerja telah meningkat kepada 19.2, peningkatan sebanyak 2.4 daripada sebelum tempoh keselamatan diperkenalkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >