Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terdorong jadi doktor selepas datuk saudara meninggal dek sakit ginjal

Berjaya dapat tempat di Sekolah Perubatan Lee Kong Chian di NTU
Aug 23, 2023 | 07:36 PM



Pengesahan penyakit ginjal yang dialami datuk saudaranya sehingga meninggal dunia kerana penyakit tersebut serta pengalaman ibunya sebagai jururawat di Hospital Besar Singapura (SGH) selama 10 tahun telah mendedahkan Encik Muhammad Danish Nuriman Misran, 19 tahun, kepada penyakit kronik termasuk barah, isu-isu kesihatan dan perubatan pencegahan

Dari situlah beliau membuat keputusan mendalami bidang ilmu perubatan. Berbekalkan sokongan ahli keluarga dan usaha gigihnya, Encik Muhammad Danish berjaya mendapat tempat di Sekolah Perubatan Lee Kong Chian di Universiti Teknologikal Nanyang (NTU).

Beliau merupakan di antara pelajar yang turut terlibat dalam Acara Kot Putih atau ‘White Coat Ceremony’ – adat yang dikekalkan bagi setiap pelajar yang berjaya masuk ke sekolah perubatan. Bagi pelajar perubatan NTU, upacara itu diadakan pada 16 Ogos lalu di Auditorium Nanyang.

Seramai 150 bakal doktor menghadiri acara itu.

Anak ketiga dalam keluarga empat beradik lelaki, Encik Danish memilih melanjutkan pengajian di NTU dan bukan universiti yang lain selepas menghadiri acara rumah terbuka Sekolah Perubatan Lee Kong Chian di institusi pengajian tinggi itu.

“Apabila saya menjejakkan kaki ke rumah terbuka itu, saya dapat rasakan semangat kekeluargaan dan amat tertarik kepadanya. Pelajar senior yang ada juga peramah, sama dengan profesor dan pensyarah yang ada. Dari sana, saya pasti bahawa ia keputusan yang sesuai dan baik untuk saya,”

“Selain daripada itu, saya juga suka cara mengajar di sini. Selepas menghadiri kelas pertama, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerja bersama-sama dengan rakan-rakan sekelas,” kata Encik Danish yang sebelum ini menuntut di Sekolah Anglo-Chinese (Bebas), dalam program Baccalaureate Antarabangsa.

Berkat usaha dan tunjuk ajar serta doa dari ahli keluarga, Encik Danish kini dalam perjalanan untuk memenuhi impiannya. Semasa Acara Kot Putih, Penolong Dekan bagi Kemasukan Pelajar dan Elektif Luar Negara serta Ketua Modul Klinikal (Sistem Kardiorespiratori), Profesor Kwek Tong Kiat, menyarungkan kot putih untuk Encik Danish.

“Perjalanan saya untuk sampai ke sekolah perubatan bukanlah senang. Ia rasa sangat lama dan ada juga cabaran yang perlu saya hadapi seperti kerja sekolah yang banyak dan peruntukan masa. Namun, satu nasihat yang sering saya beri kepada rakan-rakan adalah untuk sentiasa maju, jangan pernah berhenti.

“Jika anda ada matlamat yang ingin dicapai, jangan pernah putus asa. Sering renungkan dan fikirkan cara untuk memperbaik diri sendiri,” kata Encik Danish.

Apabila ditanya tentang perasaannya setelah disarungkan kot putih dan dirasmikan sebagai seorang pelajar perubatan, Encik Danish berkata: “Upacara ini merupakan simbol yang melambangkan sejauh mana saya sudah datang dalam perjalanan ini.

“Ia juga lambang profesionalisme, tanggungjawab dan amanah. Ia menjadi bukti bahawa saya sudah mencapai satu kejayaan dalam hidup saya.”

Memandangkan ibu beliau juga berkecimpung dalam sektor kesihatan, Cik Nenny Suzanah Sellamat, 52 tahun, ibu Encik Danish bangga atas pencapaian anaknya.

“Membesar dalam sekitaran di mana ibunya bekerja di hospital, Danish mula berminat dari umur yang kecil lagi. Dia bermula membaca buku, kertas kajian dan ensiklopedia dan saya sering berkongsi dengannya tentang kejadian dalam dunia perubatan.

“Saya juga ada memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepadanya dari segi pemilihan subjek dan cara pembelajaran. Dari sana, saya memberitahunya yang jika impiannya adalah untuk menjadi seorang doktor, beliau haruslah tekun belajar dan usaha agar dapat mencapai impiannya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >