Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terpaksa belajar berjimat kerana isu kewangan keluarga

Oct 29, 2019 | 05:30 AM



Seramai 36 pelajar telah menerima dermasiswa Institut Akauntan Bertauliah Singapura (ISCA) Cares yang masuk tahun keempat ia diberikan tahun ini. Penerima diberi antara $3,000 dengan $3,500, bergantung kepada keadaan masing-masing. Kesemuanya lebih daripada $110,000 telah disampaikan kepada penerima oleh Pengerusi ISCA Cares, Cik Lim Hwee Hua. Wartawan FARID HAMZAH (farid@sph.com.sg) menemu bual seorang penerima. Dermasiswa bantu anak muda tampung kos belajar, tidak mahu bebankan ibu bapa



KALAU remaja lain gemar habiskan masa belajar sambil makan di restoran makanan segera, Encik Zaid Rahim, 25 tahun, pula terpaksa memilih belajar di rumah sahaja.



Sebabnya, masalah kewangan yang melanda keluarganya sepanjang tiga dekad telah memaksa beliau untuk tidak berbelanja sewenangnya seperti belia lain.



"Bapa alami hutang yang banyak akibat pinjaman yang dibuatnya demi menampung yuran sekolah kakak saya.



"Jadi bertahun lamanya gaji yang diperolehinya dihabiskan untuk bayar semula hutang-hutangnya itu.



"Akibatnya kami adik beradik terpaksa lupakan niat untuk selalu makan di luar, apatah lagi di restoran makanan segera.



"Sebaliknya kami makan dan belajar di rumah sahaja. Hanya sekali sekala sahaja kami akan keluar makan bersama," jelas anak ketiga empat beradik itu.



Namun, beliau tidak mengeluh dan sebaliknya menjadikan amalan tersebut sebagai rutin sehingga ke hari ini.



Hasil disiplin yang diterapkannya ternyata berbaloi.



Beliau meraih keputusan agak baik dengan Gred Purata Mata (GPA) keseluruhan 3.48 bagi Diploma dalam Pengurusan Perniagaan semasa menuntut di Politeknik Nanyang (NYP), lantas membolehkannya meraih dermasiswa Institut Akauntan Bertauliah Singapura (ISCA) Cares yang disampaikan baru-baru ini.



Bernilai $3,000, beliau menggunakan dermasiswa itu untuk menampung perbelanjaannya di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) bagi jurusan Perakaunan yang diikutinya.



Beliau juga telah menerima surat bahawa beliau akan menerima anugerah sekitar $3,750 di bawah dermasiswa yang dikeluarkan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC)/Jawatankuasa Perundingan Penduduk (CCC).



Beliau yang gemar bermain hoki semasa masa lapangnya kini tinggal bersama adik lelakinya serta kededua orang tuanya di Potong Pasir.



"Saya tidak lagi menerima atau meminta wang perbelanjaan daripada kededua orang tua saya, termasuk untuk kegunaan semasa di sekolah atau kegiatan luar seperti sukan hoki yang saya ceburi.



"Maka dermasiswa ini sudah pasti dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya sepanjang tempoh pengajian saya.



"Yang pasti saya akan terus berusaha untuk capai yang terbaik pada masa akan datang," ujarnya yang bercadang menceburi industri perakaunan selepas tamat pengajiannya kelak.




"Saya tidak lagi menerima atau meminta wang perbelanjaan daripada kededua orang tua saya, termasuk untuk kegunaan semasa di sekolah atau kegiatan luar seperti sukan hoki yang saya ceburi. Maka dermasiswa ini sudah pasti dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya sepanjang tempoh pengajian saya."
- Encik Zaid Rahim.




FAKTA DERMASISWA ISCA



- Program Pendidikan Institut Akauntan Bertauliah Singapura (ISCA) Cares bertujuan menyediakan belia memerlukan dengan akses kepada pendidikan perakaunan yang bermutu di politeknik serta universiti setempat.



- Dermasiswa akan digunakan untuk kegunaan yuran tuisyen dan perbelanjaan kehidupan asas.



- Selain dermasiswa, penerima dermasiswa ISCA Cares juga akan berpeluang menjalani sesi mentor oleh profesional perakaunan berpengalaman.



- Penerima dermasiswa juga boleh memohon untuk program bekerja sambil belajar di pejabat penderma korporat, dengan mereka berpeluang meraih pengalaman bekerja perakaunan yang berharga.



- Penerima perlu memenuhi kriteria seperti warga Singapura atau penduduk tetap yang sedang menyertai kursus diploma atau ijazah sarjana muda dalam perakaunan di politeknik dan universiti setempat.



- Daripada keluarga dengan pendapatan per kapita $690 dan lebih rendah.



- Memaparkan potensi secara akademik dan komited menyelesaikan kursus diploma atau ijazah sarjana muda Perakaunan.



- Bagi pelajar politeknik atau universiti setempat, mereka perlu meraih sekurang-kurangnya GPA minimum 3.0 atau sepadan, berdasarkan skala empat mata.



- Tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) empat bilik atau lebih kecil.



- Memaparkan potensi kepimpinan dan semangat kemasyarakatan.



- Mempunyai sikap dan tingkah laku yang baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >