Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tetap ada permintaan bagi vaksin Sinovac

Jul 02, 2021 | 05:30 AM



MASIH ada permintaan bagi vaksin Covid-19 Sinovac di sini, meskipun setelah Kementerian Kesihatan (MOH) berkata individu yang menerima vaksin itu tidak akan dikecualikan daripada ujian praacara.



Orang ramai dilihat menunggu di luar sebuah klinik di Toa Payoh semalam untuk kesihatan mereka dipantau setelah mengambil vaksin Sinovac.



Klinik Mediview Clinic & Surgery di Blok 150 Lorong 1 Toa Payoh itu antara 24 klinik jagaan kesihatan swasta yang menawarkan vaksin Sinovac.



Kelmarin, MOH berkata mereka yang telah menerima vaksin Covid-19 Sinovac tidak akan dikecualikan daripada ujian praacara.



Vaksin tidak dirangkum dalam program vaksinasi nasional Singapura itu mungkin tidak mempunyai dokumentasi cukup tentang keberkesanannya dalam memberi perlindungan terhadap jangkitan dan, khususnya, terhadap varian Delta Covid-19, yang sedang menular, kata MOH.



Varian Delta adalah mutasi baru koronavirus itu yang lebih berjangkit.



"Oleh itu, dari sudut pandangan kesihatan awam, individu yang divaksin dengan vaksin selain daripada yang ada dalam program vaksinasi nasional Covid-19 kita akan tetap perlu menjalani ujian praacara," kata MOH.



Pemerintah sebelum ini berkata mereka yang divaksin sepenuhnya dikecualikan daripada ujian praacara sebelum menghadiri acara seperti persembahan langsung; acara mesyuarat, insentif, sidang dan pameran (Mice), dan majlis pernikahan.



Pihak berkuasa memberi kelulusan bulan lalu kepada 24 klinik jagaan kesihatan swasta untuk mendapatkan bekalan vaksin Sinovac sedia ada pemerintah.



Vaksin Sinovac bukan sebahagian daripada rejim vaksinasi nasional Singapura, yang kini menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty dan Moderna.



Sejak dua minggu lalu, kebanyakan klinik itu menerima banyak panggilan telefon dan permintaan daripada penduduk yang mahu vaksin Sinovac, dengan ramai bergegas mendaftarkan minat mereka dan disertakan dalam senarai menunggu bagi vaksin buatan China itu.



Ini meskipun pihak berkuasa berkata vaksin Sinovac tidak begitu berkesan sepenuhnya dalam mencegah jangkitan, berdasarkan bukti dari negara lain.



Vaksin Sinovac masih tidak berdaftar dan tidak diluluskan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) bagi penggunaan di bawah Laluan Akses Khas Pandemik.



Ia disediakan di sini hanya di bawah rangka kerja Laluan Akses Khas (SAR).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >