Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tidak perlu buat tempahan kunjungi pantai Sentosa

Mar 15, 2022 | 5:30 AM
f5393cbd-d126-47c4-be07-8d5300369cd9
-

PENGUNJUNG yang ingin ke pantai di Sentosa (Tanjong, Palawan dan Siloso) tidak perlu membuat tempahan untuk masuk atau menggunakan gelanggang yang disediakan di pantai pada hujung minggu, dan cuti umum, berkuat kuasa bermula semalam.

Ini selaras dengan kelonggaran Langkah Pengurusan Selamat (SMM) dan peralihan kepada negara yang lebih berdaya tahan terhadap Covid-19.

Demikian kata Sentosa dalam satu kenyataan semalam supaya pengunjung dapat menikmati pantai Sentosa setiap hari tanpa tempahan.

Mengekori kelonggaran SMM tempahan untuk masuk ke pantai di Sentosa, kunjungan ke tarikan percuma Magical Shores di Siloso, juga tidak perlu pengunjung untuk menempah slot sebelum masuk.

Mereka boleh datang terus dan menikmati tarikan tersebut yang dibuka pada setiap Jumaat, hujung minggu dan cuti umum, tertakluk kepada had kapasiti tarikan.

Demi keselamatan dan pengalaman yang baik untuk semua, pengunjung harus terus mematuhi SMM yang sedia ada seperti penggunaan pelitup, had saiz kumpulan hingga lima orang dan juga SMM untuk kegiatan sukan.

Kawasan keselamatan masih akan dipasang untuk menunjukkan tempat di mana kumpulan kecil hingga lima berkumpul.

"Dengan pembukaan semula Singapura secara progresif, ia juga masanya untuk kami menyemak langkah-langkah kemasukan di pantai Sentosa.

"Kami berbesar hati untuk melihat sebahagian pengunjung besar di sini telah bertanggungjawab secara sosial, justeru kami dapat menghentikan keperluan untuk menempah slot sebelum mengunjung pantai kami pada tempoh sibuk.

"Sempena meraikan ulang tahun Sentosa yang ke-50, kami mengalu-alukan kunjungan lebih warga Singapura untuk menikmati pantai dan pelbagai pengalaman Golden Jubilee yang disediakan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC), Cik Thien Kwee Eng.

Untuk mengelak kesesakan di sebarang kawasan di Sentosa, pengunjung mungkin akan diarahkan untuk ke kawasan lain jika perlu. Mereka juga akan dinasihati bawa berenang tidak dibenarkan di pantai Sentosa selepas 7 malam.

Duta keselamatan SDC akan meronda kawasan tersebut dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya perlu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg