Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tindakan Filipina gantung permit jururawat boleh jejas tenaga kerja jururawat SG

Jun 25, 2021 | 05:30 AM



LANGKAH Filipina menggantung serta-merta permit bagi jururawatnya yang ingin bekerja di luar negara boleh mendatangkan kesan terhadap Singapura, di mana sepertiga tenaga kerja jururawatnya merangkumi jurarawat warga asing.



Keputusan itu, sebahagian usaha memperkukuh sistem jagaan kesihatan Filipina sedang kes Covid-19 tempatan melonjak, menjejas jururawat dan penolong kejururawatan.



Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura berkata hingga akhir 2019, sekitar 7,600 tenaga kerja kejururawatan berasal dari Filipina.



"MOH akan terus menilai keadaan dan memastikan tenaga kerja kejururawatan dapat memenuhi keperluan jagaan kesihatan kita," kata jurucakap kementerian itu, lapor The Straits Times.



Ia berkata tenaga kerja kejururawatan bertambah daripada 36,000 pada 2013 kepada 42,000 pada 2019, dengan peratusan warga tempatan - sekitar sepertiga tenaga kerja keseluruhan - terus stabil.



Pentadbiran Pekerjaan Luar Negara Filipina berkata ia menggantung pemberian sijil pekerjaan di luar negara kerana had tahunan 5,000 pekerja jagaan kesihatan telah dicapai.



Data laporan tahunan Lembaga Kejururawatan Singapura menunjukkan pada 2019 jururawat Filipina membentuk kumpulan jururawat asing terbesar di sini, iaitu 29 peratus daripada tenaga kerja jururawat dan 15 peratus daripada semua jururawat berdaftar, yang mempunyai kelulusan lebih tinggi.



Malaysia sumber kedua terbesar jururawat asing berdaftar di sini. Pada 2019, sekitar 58 peratus daripada 2,804 jururawat baru adalah warga asing.



Singapura mempunyai 34,609 jururawat berdaftar dan 8,059 jururawat bertauliah (enrolled nurse). Pemerintah sedang berusaha menarik lebih ramai orang di sini memilih kejururawatan sebagai kerjaya dan mengekalkan jururawat sedia ada.



Pada Mac ia mengumumkan kenaikan gaji jururawat dan pekerja jagaan kesihatan lain dalam sektor jagaan kesihatan awam antara 3 hingga 14 peratus mulai Julai ini.



IHH Healthcare Singapore, yang mengendalikan empat hospital di sini, berkata separuh tenaga kerja kejururawatannya pekerja asing, kebanyakannya dari Filipina.



Buat masa ini, kumpulan itu mempunyai lebih 2,000 jururawat yang bekerja di empat hospital, klinik keluarga Parkway Shenton dan unit-unit sokongan yang menawarkan khidmat makmal, radiologi dan lain-lain lagi.



Pengarah Kejururawatan di IHH Healthcare Singapore, Cik Josephine Ong, berkata tenaga kerja kejururawatan di sini masih bergantung pada tenaga kerja asing.



Bagi kumpulan itu, keadaan menjadi kian mencabar semasa pandemik ini apabila pemberian pas kerja asing diperketat, ujar beliau lagi.



"Tuntutan bertambah akibat pandemik... telah menjadikan keadaan lebih genting dan lebih mencabar bagi kita semua," kata Cik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >