Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tingkat kemahiran robotik sambil belajar!

Dec 04, 2023 | 12:18 PM



Daya usaha baru telah dilancarkan untuk menyelaraskan pendidikan robotik di Singapura, memandangkan permintaan industri bagi kemahiran berkaitan robotik berkembang pesat.

Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*star) telah bekerjasama dengan tujuh Institut Pengajian Tinggi (IHL) tempatan untuk melengkapkan pelajar dengan kecekapan berkaitan Sistem Operasi Robot (ROS) – platform sumber terbuka yang digunakan secara meluas dalam pembangunan dan kawalan robot.

“A*star teruja untuk bekerjasama dengan politeknik dan universiti bagi menyokong peningkatan kemahiran tenaga kerja masa depan kami dan membangunkan rangkaian bakat yang kukuh, menyumbang kepada visi Pembuatan Singapura 2030,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pengilangan Semula dan Teknologi Lanjutan A*star (ARTC), Dr David Low.

Memorandum persefahaman (MOU) itu ditandatangani baru-baru ini semasa Sidang Puncak Tahunan ROS-Konsortium Industri Asia Pasifik.

MOU itu akan mewujudkan kurikulum dan struktur standard untuk kursus berasaskan ROS, memastikan pelajar merentasi pelbagai institusi pendidikan menerima tahap pendidikan yang konsisten dalam bidang kritikal ini.

ROS-Konsortium Industri Asia Pasifik, diuruskan oleh ARTC, yang akan mengetuai kerjasama dengan Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), Institut Teknologi Singapura (SIT), Politeknik Singapura (SP), Politeknik Ngee Ann (NP) dan Politeknik Republik (RP).

Institusi tersebut akan terlibat dalam pembangunan kandungan kursus dan rangka kerja penilaian bagi memantau keberkesanan kurikulum serta memastikan kandungan kursus sentiasa dikemas kini agar kekal relevan dengan perkembangan industri terkini.

“ Pelajar dari Sekolah Kejuruteraan akan mempelajari tentang robotik terkini dan didedahkan kepada contoh-contoh kehidupan nyata dalam kurikulum mereka, menyediakan mereka untuk menceburi kerjaya baru muncul dalam sektor pertumbuhan masa depan,” ujar Encik Boo Chong-Han, Timbalan Pengetua, Pembangunan Akademik dan Organisasi RP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >