Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan dapati lebih 75% pekerja Melayu ingin tingkat kemahiran tapi hadapi cabaran: Zaqy

Jul 13, 2023 | 07:01 PM



Lebih 75 peratus pekerja Melayu/Islam berminat meningkatkan kemahiran tetapi menghadapi cabaran untuk menghadiri kursus kerana tidak dapat meluangkan masa dek tugasan operasi mereka.

Justeru, Mendaki akan meningkatkan usahanya menyokong pekerja dalam golongan ini dengan kerjasama Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan SkillsFuture Singapura, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dapatan tinjauan yang dikeluarkan Mendaki berdasarkan Kajian Pekerjaan dan Pengambilan Kerja yang dijalankan selama enam bulan, dari Oktober 2021 hingga Februari 2022, dengan lebih 1,000 responden Melayu/Islam berumur 15 hingga 55 tahun.

Bercakap dengan media di Simposium Mendaki pada Khamis di Hotel Parkroyal Collection Marina Bay yang turut dihadiri lebih 300 penyelidik, penggubal dasar, karyawan dan rakan kongsi masyarakat, beliau menyifatkan kajian itu sebagai penting.


“Melalui tinjauan tersebut, ia benar-benar memberi gambaran yang benar tentang sikap dan pandangan masyarakat Melayu, terutama daripada cara mereka melihat pembelajaran berterusan.


“Ia juga memberi kami pandangan tentang penduduk yang bekerja dan mereka yang tidak bekerja, serta yang ingin kembali bekerja,” kata Encik Zaqy, yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki.


Menurut Mendaki, tinjauan itu dilakukan untuk memahami faktor yang mempengaruhi keputusan kerjaya masyarakat Melayu/Islam dan sikap mereka terhadap pembelajaran sepanjang hayat.

Tinjauan menunjukkan bahawa 34.7 peratus atau satu daripada tiga orang Melayu/Islam yang tidak bekerja berminat untuk mula atau memasuki semula tenaga kerja bagi mendapatkan pendapatan tambahan buat keluarga.

Antara industri pilihan mereka termasuk kerja pentadbiran dan perkhidmatan sokongan; perdagangan borong dan runcit; dan pengangkutan dan penyimpanan.


“Ramai daripada mereka mempunyai tanggungjawab menjaga orang tua atau kanak-kanak, ada yang sakit. Mereka memerlukan sedikit masa sebelum mereka boleh kembali bekerja.

“Kami akan menyokong mereka, khususnya dengan bekerjasama dengan penasihat kerjaya dan memperkemas beberapa langkah sokongan,” tambah Encik Zaqy.

Menurutnya lagi, Mendaki akan bekerjasama dengan agensi pemerintah untuk menyasarkan bantuan dan menyesuaikan bantuan pekerjaan serta campur tangan untuk membantu mereka yang telah lama tidak bekerja.

“Jika anda lihat perkembangan hari ini, tahap kemahiran jauh berbeza. Dengan adanya automasi, beberapa pekerjaan seperti pekerjaan pentadbiran akan hilang.

“Oleh itu, mereka mempunyai halangan yang tinggi untuk kembali bekerja kerana mereka memerlukan lebih banyak kemahiran, atau memerlukan kemahiran khas bagi pekerjaan tertentu,” kata Encik Zaqy.

Tinjauan itu juga menunjukkan bahawa lebih 50 peratus responden melaporkan bahawa rujukan pekerjaan adalah pilihan utama mereka untuk mencari pekerjaan, dan lebih 50 peratus bekerja dalam pekerjaan yang berkaitan dengan kelayakan mereka.

Mengenai persepsi mereka terhadap perubahan kerjaya, 60 peratus menyatakan mereka bersedia secara mental dan berasa bahawa keluarga mereka menyokong mereka.

Simposium Mendaki bertema ‘Memikirkan Semula Pekerjaan’ turut dihadiri Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua (Perdagangan dan Perusahaan), Dr Tan See Leng, sebagai tetamu terhormat.

Turut hadir ialah Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, dan Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah.

Pemerintah komited bantu masyarakat Melayu tingkat kemahiran: See Leng




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >