Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:30
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Tinju: Muhammad Ridhwan berjaya mengalahkan pencabar sembilan kali berturut-turut

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Tinju: Muhammad Ridhwan berjaya mengalahkan pencabar sembilan kali berturut-turut

Oct 21, 2017 | 01:34 PM

JAGUH tinju setempat, Muhammad Ridhwan Ahmad, mengalahkan petinju dari Namibia, Nataneal Sebastian, untuk memenangi gelaran juara Antarabangsa kelas ‘super feather’ Pertubuhan Tinju Antarabangsa (IBO).

Petinju profesional berusia 29 tahun itu memenangi pertarungan itu dalam 12 pusingan di acara utama Roar of Singapore III di Pusat Konvensyen Suntec malam tadi.

Dengan kemenangan gelaran antarabangsa IBO itu, Ridhwan yang juga dikenali sebagai 'The Chosen Wan' kini telah berjaya meraih kemenangan tali pinggang keduanya di bawah syarikat promoter Ringstar Promotions.

Ridhwan yang tidak pernah kalah berdepan dengan pencabaranya yang juga tidak pernah kalah dalam acara malam tadi.

Daripada lapan pertarungan profesional yang disertainya sejauh ini, Ridhwan menang kesemuanya, dengan tujuh daripadanya itu dicatatkan melalui knock-out.

Bergelar ‘The Iron Fists’ atau petinju yang memiliki ‘tumbukan sekuat besi’, pencabarnya, Sebastian, juga bukan calang-calang dan mempunyai rekod cemerlang – sembilan kemenangan daripada sembilan pertarungan profesionalnya, dengan lima daripadanya dicapai melalui knock-out.

Justeru, Ridhwan menghadapi pertarungan terbesarnya sejak mengorak langkah ke dunia tinju profesional apabila berentap dengan Sebastian.

Kemenangannya malam tadi turut menyaksikan Ridhwan mengukir sejarah unik sebagai juara hatrik sukan itu – selepas kejayaannya menjulang mahkota dunia Pertubuhan Tinju Universal (UBO) pada Mei lalu dan Persatuan Tinju Dunia (WBA) Asia sebulan sebelum itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3