Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Toolkit' baru dilancar bantu syarikat bangun tempat kerja mesra demensia

Sep 07, 2021 | 05:30 AM



SATU 'toolkit' baru telah dilancar bagi membantu syarikat di sini membangunkan tempat kerja yang lebih mesra-demensia.



Toolkit tersebut, yang dihasilkan Demensia Singapura, menawarkan rangka kerja tiga-tahap inklusif-demensia yang boleh disepadukan ke dalam amalan perniagaan.



Ia boleh dimuat turun daripada laman web persatuan tersebut.



Toolkit itu memperkenalkan syarikat dengan rangka kerja tiga-tahap iaitu 'Kesedaran', 'Kemesraan' dan 'Inklusif'.



Dengan mengikuti rangka kerja itu, syarikat diharap dapat memahami keseriusan isu demensia yang perlu ditangani di tempat kerja; langkah yang boleh diambil untuk membuat perubahan mesra-demensia dalam sekitaran perniagaan mereka; dan menjadi inklusif-demensia di mana ia boleh menawarkan sokongan bagi kakitangan yang menghidap demensia atau penjaga penghidap demensia.



Dalam kenyataan semalam, Demensia Singapura berkata ia berharap toolkit tersebut dapat membantu syarikat mengubah tanggapan dan sikap terhadap demensia secara berkesan, selain memperkasa masyarakat demensia di tempat kerja.



"Demensia bukan sahaja meninggalkan kesan terhadap kehidupan seharian orang yang menghidapnya tetapi juga penjaga mereka yang mungkin telah mengorbankan kerjaya mereka untuk menjaga orang-orang yang mereka kasihi itu.



"Dengan bertambahnya kes demensia di Singapura, perniagaan di sini mungkin juga akan melihat peningkatan dalam pelanggan atau kakitangan mereka yang merupakan penjaga atau mereka sendiri menghidap demensia," kata ketua pegawai eksekutif Demensia Singapura, Encik Jason Foo.



Toolkit itu turut mengetengahkan pengalaman peribadi individu yang menghidap demensia serta penjaga mereka agar syarikat-syarikat di sini dapat lebih memahami cabaran yang mereka hadapi.



Ia juga mengandungi kajian kes pertubuhan-pertubuhan lain yang telah berjaya menjadi lebih mesra-demensia dan inklusif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >