Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tujuh perpustakaan diberi nafas baru agar kekal relevan

Oct 28, 2021 | 05:30 AM



LEMBAGA Perpustakaan Negara (NLB) telah memberi nafas baru kepada tujuh perpustakaan awam sejak 2017, untuk memastikan ia kekal relevan dengan jangkaan masyarakat serta pembangunan di sekitarnya.



Demikian menurut Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, dalam pelancaran pembukaan semula Perpustakaan Awam Choa Chu Kang semalam.



Dalam ucapannya, beliau berkata secara purata bilangan pengunjung perpustakaan meningkat lebih 70 peratus dalam tahun pertama operasi selepas diubah suai, dengan bilangan pinjaman pula 1.5 kali ganda lebih tinggi berbanding sebelumnya.



"Dengan setiap ubah suai, perpustakaan kita berusaha mencerminkan zaman kita dan aspirasi rakyat kita," kata Cik Teo.



Perpustakaan Awam Choa Chu Kang adalah perpustakaan pertama di Singapura yang mempunyai tema kemampanan, 'Re(connect) with Nature'.



Antara ciri baru yang menumpukan pada kemampanan di perpustakaan itu ialah taman tertutup pertama di sebuah perpustakaan Singapura, di mana pengunjung boleh membaca sambil menikmati kehijauan.



Sejajar dengan tema kemampanan, perpustakaan itu juga merupakan perpustakaan pertama melancarkan wadah hidroponik, sebahagian daripada pameran Dusun Hijau, yang mendidik orang awam tentang alam semula jadi dan teknologi.



Menjelang bulan depan, perpustakaan itu akan mengadakan sesi perkongsian mengenai inovasi makanan.



Selain itu, pengunjung dapat belajar mengenai sejarah Singapura pada abad ke-19 - mengenai spesies terancam, rusa Samba atau penorehan getah - menerusi Jejak Pembelajaran Realiti Terimbuh (AR).



Cik Teo berkata ciri-ciri baru di perpustakaan itu ialah sekilas daripada pelan induk perpustakaan dan arkib 2025 (LAB25).



"Pelan induk ini memperkukuh komitmen kita dalam bekerjasama dengan rakan kerja masyarakat, untuk berinovasi dan membayangkan semula perpustakaan dan arkib," kata Cik Teo.



Beliau berkata di bawah LAB25, mereka akan menggandakan usaha menggalak pembelajaran sepanjang hayat, memperkasa warga untuk lebih arif tentang maklumat salah dan yang disebarkan, menceritakan kisah Singapura, dan memainkan peranan sebagai 'Penyama Sosial' iaitu membantu semua orang tanpa mengira latar belakang untuk belajar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >