Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu lori dalam video tular pandu ke arah pemandu basikal untuk elak teksi

Sep 23, 2019 | 03:53 PM



PEMANDU lori Teo Seng Tiong ingin memotong jalan dua penunggang basikal apabila dia terdengar bunyi seakan-akan lorinya terlanggar sesuatu di sebelah kanan.



Justeru itu, Teo, 58 tahun, bertindak dengan memusing ke kiri, namun akibat tindakannya, seorang penunggang basikal warga Britain terjatuh dari basikalnya. 



Walau bagaimanapun, basikal tunggangan Eric Cheung Hoyu, 35 tahun, tidak dilanggar oleh lori Teo, dalam kejadian yang berlaku di persimpangan Pasir Ris Drive 3 dan Pasir Ris Rise pada 22 Disember tahun lalu.



Rakaman kejadian tersebut telah dikongsi dalam talian dan telah ditonton sebanyak lebih tiga juta kali.



Awal tahun ini, Cheung mengaku bersalah atas dua tuduhan, kerana bertindak tanpa bertanggungjawab, dan telah menghalang aliran trafik dengan menunggang basikalnya di tengah-tengah jalan. Dia didenda $2,800 pada 12 April.



Pada masa yang sama, Teo menghadapi dua tuduhan - satu atas kelakuannya yang bertindak tanpa berfikir dahulu, sehingga menyebabkan kecederaan kepada Cheung, dan satu lagi kerana gagal melaporkan kejadian itu kepada polis dalam masa 24 jam.



Sekiranya disabit kesalahan atas tuduhan yang pertama, Teo boleh dipenjara sehingga setahun dan didenda sehingga $5,000. Sekiranya didapati bersalah atas tuduhan kedua, dia boleh dipenjara sehingga tiga bulan atau didenda sehingga $1,000 sebagai pesalah kali pertama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >