Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ucapan selamat sambut Ramadan dari PM Lee

Apr 13, 2021 | 5:30 AM
3180aa9a-140d-446e-bf64-3c4f36b091aa
-

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong semalam menyampaikan ucapan selamat menyambut bulan Ramadan kepada masyarakat Islam Singapura.

Beliau turut melahirkan kegembiraan keadaan bulan puasa tahun ini lebih baik berbanding tahun lalu.

Dalam satu pos di Facebook, Encik Lee menulis: "Sambutan Ramadan kali ini sungguh berbeza berbanding tahun lalu.

"Saya gembira keadaan di Singapura sudah bertambah baik, dan pada tahun ini umat Islam boleh menunaikan solat tarawih berjemaah di masjid-masjid sepanjang Ramadan.

"Mereka juga boleh berbuka puasa dengan rakan dan keluarga terdekat tetapi mengikut langkah-langkah jarak selamat yang ditetapkan.

"Saya yakin perkembangan ini sangat dialu-alukan oleh masyarakat Islam kita."

Encik Lee turut menyampaikan ucapan selamat berpuasa kepada masyarakat Islam di sini.

"Kepada semua umat Islam, selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna untuk anda semua," tulis beliau.

Laporan lanjut:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg