Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21

Ujian pantas antigen air liur yang dibangun saintis S'pura setepat ujian PCR, hasil diketahui dalam 15 minit

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Ujian pantas antigen air liur yang dibangun saintis S'pura setepat ujian PCR, hasil diketahui dalam 15 minit

Dec 08, 2021 | 09:30 PM

SAINTIS di Singapura telah membangun ujian pantas antigen (ART) air liur yang tepat seperti ujian reaksi rantaian polymerase (PCR) dan hanya makan masa 15 minit bagi mengesan Covid-19.

Ujian yang boleh ditadbir sendiri mempunyai kadar ketepatan 97 peratus dan boleh mengesan pelbagai varian virus Covid-19 berbeza termasuk Omicron.

Kit ujian ini mungkin boleh didapati di pasaran seawal tiga bulan.

Tempoh sekitar 15 minit yang diperlukan untuk dapatkan hasil ujian yang dikenali sebagai 'Parallel Amplified Saliva rapid POint-of-caRe Test (Pasport)' sama dengan tempoh paling ringkas yang diperlukan bagi ART kini. Bagi ujian PCR, ia mengambil masa antara beberapa jam dengan tiga hari untuk dapatkan keputusannya.

Ujian ini adalah hasil kerjasama kajian antara Sekolah Perubatan Duke-NUS, Hospital Besar Singapura (SGH), Pusat Barah Kebangsaan Singapura (NCSS) dan Universiti Nasional Singapura (NUS).

Seorang pegawai perubatan di Jabatan Penyakit Berjangkit di SGH dan pencipta utama di sebalik ujian ini, Dr Danny Tng, memberitahu akhbar The Straits Times, Duke-NUS dan SingHealth juga telah memeterai perjanjian pelesenan bersama syarikat bekalan perubatan Digital Life Line bagi komersialisasi kit ujian ini.

Profesor dalam Perubatan Akademik Benjamin Sheares di dalam Program Klinikal Akademik Onkologi SingHealth Duke-NUS, Profesor Soo Khee Chee, berkata ujian ini yang memerlukan kebenaran Penguasa Sains Kesihatan (HSA) bagi kegunaan di sini, boleh diperolehi pelanggan dalam masa tiga hingga enam bulan mendatang.

Satu inovasi penting dalam ujian baru itu adalah ia boleh dilakukan bila-bila masa sahaja malahan selepas makan. Ujian air liur buat masa ini dianggap tidak begitu mampu diyakini sepenuhnya keberkesanannya untuk diedarkan pada skala besar memandangkan konsentrasi partikel virus dalam air liur turun mencuram selepas seseorang makan atau minum, jelas Dr Tng.

Sebagai contoh, keupayaan ART air liur lain untuk mengesan virus Sars-CoV-2 sesudah makan adalah sekitar 11.7 peratus hingga 23.1 peratus, jelasnya.

"Lantaran itu, ujian pantas antigen air liur biasanya boleh digunakan hanya apabila ia diuji sejurus individu itu bangun pada waktu pagi, selepas berpuasa semalaman dan sebelum sarapan atau gosok gigi. Ini menjadikan proses menguji contoh air liur pada waktu lain pada masa siang kurang dipercayai," tambahnya.

 

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3