Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Universiti seni pertama S'pura bakal ditubuhkan dari perikatan Nafa-Lasalle

Mar 3, 2021 | 7:37 PM
Kedua-dua kolej menawarkan diploma dan ijazah dalam pelbagai bentuk seni Asia dan Barat.
Kedua-dua kolej menawarkan diploma dan ijazah dalam pelbagai bentuk seni Asia dan Barat. - LIANHE ZAOBAO / NAFA

SEBUAH universiti seni baru akan dibentuk oleh "perikatan" antara Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) dengan Maktab Seni Lasalle, kata Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong, pada Rabu (3 Mac).

"Disebabkan oleh mutu dan standard yang telah dicapai oleh Lasalle dan Nafa, saya berbesar hati untuk mengongsi bahawa Kementerian Pendidikan (MOE) akan memberi perikatan itu kuasa pemberian ijazahnya sendiri, dan juga memberikannya status universiti. Jadi ini akan menjadi universiti seni pertama kami di Singapura," katanya di Parlimen.

Encik Wong menjelaskan ia adalah universiti swasta tetapi akan disokong oleh pemerintah, dan kedua-dua Lasalle dan Nafa akan kekal sebagai kolej berasingan yang menawarkan program mereka sendiri serta mengekalkan identiti mereka yang berbeza.

Langkah itu bertujuan mewujudkan peluang yang lebih pelbagai untuk pelajar dan fakulti, tambahnya, dengan lebih banyak modul dan projek merentas institusi dan pengumpulan sumber.

Program ijazah untuk warga Singapura dan penduduk tetap di kedua-dua kolej itu disubsidi oleh pemerintah kini dengan kadar yang setanding dengan yang ditawarkan di universiti berautonomi di sini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg