Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Universiti Seni S’pura perkenal 8 kursus ijazah, siap graduan kemudi ekon kreatif

Sep 12, 2023 | 05:29 PM

Universiti Seni Singapura (UAS) memperkenalkan lapan program ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana di Maktab Seni Lasalle (La Salle) dan Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) dalam bidang yang membangun dalam ekonomi kreatif global.

Dengan mengambil pendekatan antara disiplin dan berdasarkan penyelidikan, ini melambangkan komitmen untuk memperluas dan mengasuh kecemerlangan dalam sektor budaya dan kreatif di Singapura dan serantau.

Program-program ini juga bertujuan untuk menyediakan graduan berkembang maju dalam sektor kreatif seperti ekonomi digital, hijau dan penjagaan, pembangunan muzium dan seni global.

UAS juga akan memperkenalkan Common Curriculum (Kurikulum Bersama), yang bertujuan melengkapkan pembelajaran dalam bidang khusus.

Kurikulum Bersama akan mengumpulkan pelajar daripada Lasalle dan Nafa untuk mengadakan kelas bersama bagi program mendalam dan Kurikulum Kemahiran Kerjaya.

Latihan amali juga ditawarkan di bawah program Kurikulum Bersama.

Bersama dengan Kurikulum Kemahiran Kerjaya, program ini direka untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran ciri-ciri dan kebolehan – termasuk penjenamaan peribadi dan pengalaman industri – yang diperlukan untuk mengemudi dunia profesional.

Program IN-depth pula memberi tumpuan kepada membangunkan kemahiran tafsiran dan naratif, menggabungkan pemikiran kritikal dan kreatif serta memahami peranan mereka dalam masa depan.

Pelajar daripada semua bidang akan ketahui bagaimana isu-isu kontemporari dipamerkan kepada sasaran yang berlainan.

Dengan kerjasama antara bidang, pelajar akan mendalami dan memperluas pandangan mereka semasa mereka melalui pengalaman hidup dan masyarakat.

“Demi menghadapi cabaran masa kita, para graduan kami akan dilengkapi dengan keupayaan untuk membuat pertimbangan kritikal dan tindakan yang bertanggungjawab,” kata Profesor Kwok Kian Woon, Naib Canselor UAS.

Antara program yang diadakan di Lasalle adalah Sarjana Muda (Kepujian) Amalan Tarian Kontemporari Antarabangsa.

Disampaikan bersama Lasalle dan London Contemporary Dance School (LCDS), ia bertujuan untuk membangunkan penari dengan kesedaran rakyat global dan pemahaman tentang bagaimana pembangunan budaya memberi kesan kepada mereka sebagai artis dan individu.

Menggunakan kepelbagaian kaum dan etnik Singapura dan London, pelajar dapat memahami budaya antara kaum dan menjadi artis antarabangsa yang berdikari.

Pelajar akan belajar di LCDS untuk tahun pertama dan di Lasalle untuk tahun kedua dan ketiga.

Selain itu, antara program ijazah sarjana di Lasalle adalah Sarjana Kesusasteraan Terapi Muzik.

Ia merupakan program latihan terapi muzik yang pertama di Singapura, bertujuan melahirkan ahli terapi muzik profesional.

Pelajar akan menerima pendidikan menyeluruh dalam bidang terapi dan pengalaman klinikal yang mengikut konteks budaya dan sosial Singapura.

Nafa juga mempunyai program ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana mereka tersendiri.

Salah satunya adalah Sarjana Muda (Kepujian) Rekaan Biofilik.

Program tiga tahun rekaan biofilik ini bertujuan memupuk pereka ruang untuk masa depan kerana cabaran masyarakat dan alam sekitar yang pasti akan menuntut reka bentuk berdasarkan organik dan alam semula jadi untuk kesejahteraan manusia.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web UAS di https://www.uas.edu.sg/

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3