Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

UOB, NTUC LearningHub lancar program latihan demensia

Jun 09, 2023 | 07:06 PM



Perniagaan dan syarikat boleh memainkan peranan penting dalam menyokong penghidap demensia dan penjaga mereka, dengan melatih kakitangan mengenai kesedaran demensia untuk memupuk masyarakat inklusif, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam.

Beliau berkata demikian semasa pelancaran program latihan demensia yang dikonsepkan UOB dan NTUC LearningHub (NTUC LHub) di bangunan NTUC LHub pada Jumaat.

Program tersebut telah dilancarkan secara rasmi oleh tetamu terhormat, Cik Rahayu.

Program itu, yang berlangsung selama sehari dan dikendalikan oleh pengamal penjagaan kesihatan yang berpengalaman, adalah latihan inklusif perkhidmatan pertama di Singapura.

Ia menyasarkan untuk melengkapkan kakitangan perbankan barisan hadapan dengan kemahiran bagaimana untuk berinteraksi dengan penghidap demensia.

Ia juga melengkapkan kakitangan dengan kemahiran untuk mengenal pasti keperluan penjaga, serta menyokong penjaga yang menjaga penghidap demensia.

Pengarah Eksekutif UOB, Cik Chew Li Lian berkata kesemua 1,000 kakitangan cawangan UOB akan dilatih sepenuhnya menjelang November 20203.

“UOB mengiktiraf tekanan mental luar biasa dan beban kerja bagi para penjaga. Kami mengagumi pengorbanan mereka dan ingin melakukan bahagian kami untuk menyokong mereka.

“Dengan latihan ini, pekerja kami akan dapat membantu pelanggan yang mempunyai demensia dan juga penjaganya,” tambah beliau.

Beberapa kakitangan cawangan UOB telah menjalani latihan itu awal tahun ini, dengan salah seorang daripada mereka merupakan Penolong Pengurus Cawangan Northpoint, Cik Azlinah Amin.

Menurut Cik Azlinah, latihan itu telah mengajarnya cara mengenali gejala demensia. Ini penting kerana penghidap demensia kelihatan seperti orang biasa.

“Saya juga belajar bagaimana untuk berinteraksi dengan penghidap demensia. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa meyakinkan mereka dan membuat mereka berasa selesa kerana mereka biasanya panik selepas tidak mengingati sesuatu.

“Latihan ini adalah penting kerana ia membantu kami menjadi lebih inklusif dan lebih empati terhadap orang lain,” jelasnya.

Sejajar dengan apa yang dikatakan oleh Cik Azlinah, Ketua Pegawai Eksekutif NTUC LHub, Encik Jeremy Ong, berkata program itu direka untuk memupuk sebuah masyarakat lebih inklusif.

“NTUC LHub berbangga untuk membangunkan bersama program latihan inklusif perkhidmatan ini dengan UOB, dengan sokongan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i).

“Keunikan latihan ini terletak pada kurikulumnya – walaupun UOB merintis program latihan ini untuk sektor perbankan, ia boleh digunakan untuk banyak peranan dan industri yang berinteraksi dengan pelanggan,” kata Encik Ong.

Beliau menambah bahawa NTUC LHub berhasrat untuk menghubungi organisasi lain untuk meningkatkan usaha-usaha keterangkuman di Singapura.

Semasa ucapannya di acara pelancaran, Cik Rahayu berkata semua orang boleh memainkan peranan untuk menyokong penghidap demensia dan penjaga mereka.

“Perbuatan kebaikan dan empati membantu mengurangkan stigma demensia dan membantu membina keyakinan dan keupayaan penghidap demensia untuk hidup berdikari dalam masyarakat.

“Saya berharap lebih banyak organisasi akan memperkasakan tenaga kerja mereka dengan set kemahiran baru – bukan sahaja untuk mengikuti trend dan perubahan industri, bahkan juga untuk memainkan peranan dalam membina masyarakat inklusif di mana kita menyokong satu sama lain,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >