Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha buat hidup bermakna bagi pesakit demensia melalui seni

Sep 06, 2023 | 07:01 PM



Seni ekspresif membuka banyak peluang baharu untuk berkomunikasi secara kreatif, terutama dengan individu dalam peringkat akhir demensia yang tidak mampu berkomunikasi secara lisan.

Menyatakan demikian, Cik Nur Sahara Kamsani ingin menunjukkan bahawa individu yang menghadapi demensia masih boleh terlibat secara bermakna dalam aktiviti rekreasi dan hiburan.

“Walaupun dalam peringkat lanjutan, mereka masih boleh meneroka seni dan muzik,” kata Cik Nur Sahara, seorang pekerja sosial perubatan kanan yang telah berkhidmat di Hospital Ren Ci selama lebih lapan tahun.

Beliau sedang mengikuti kursus Diploma Terapi Seni Ekspresif di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura dengan Anugerah Pembangunan Tenaga Manusia Penjagaan Masyarakat (CCMDA) yang diterima pada Rabu.

Sebagai pemimpin pekerja sosial perubatan dalam menjaga penduduk yang hidup dengan demensia, peranan Cik Nur Sahara melibatkan peningkatan kesedaran tentang penyakit tersebut dan meneroka pelbagai campur tangan untuk membantu penduduknya melambatkan atau mengendalikan penyakit tersebut.

Sebagai penerima CCMDA untuk kedua kalinya, beliau telah menunjukkan ketekunan dan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran.

Cik Nur Sahara, 33 tahun, berkata beliau memahami bahawa seringkali keluarga mungkin berasa berputus asa melihat orang yang mereka sayangi menghadapi cabaran demensia dan menyangka hubungan dengan individu berkenaan akan terjejas.

“Saya sentiasa bekerja dengan pasukan pelbagai disiplin yang boleh merangkumi ahli terapi dan jururawat untuk mengadakan acara-acara keluarga. Ini boleh menjadi cabaran, terutamanya apabila sesetengah golongan pesakit demensia terbaring di katil dan memerlukan pemulihan untuk persiapan berjalan bersama keluarga” ujar beliau.

Dengan mengadakan aktiviti-aktiviti tersebut, Cik Nur Sahara berharap dapat memberi keluarga peluang melihat kebahagiaan dan potensi yang masih ada dalam individu berkenaan serta menghidupkan semula semangat keluarga yang mungkin telah hilang.

Beliau juga akan berkongsi contoh-contoh kejayaan dan inisiatif yang dilakukan untuk membantu pesakit demensia melalui poster atau penyampaian maklumat dalam bentuk kertas pada persidangan, dengan kebenaran keluarga.

“Saya melihat diri saya sebagai pengantara antara pesakit demensia dan masyarakat. Saya berazam untuk mengurangkan stigma dan memupuk sikap inklusif dalam masyarakat” ujar beliau.

Cik Nur Sahara menambah bahawa sebagai pekerja sosial dalam bidang perawatan demensia, beliau menghadapi pelbagai cabaran. Bagaimanapun, sokongan rakan sekerja dan penyelianya membolehkan beliau terus memberi sokongan terbaik kepada mereka yang memerlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >