Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usaha ceria Ramadan pekerja asing

May 9, 2020 | 1:36 PM
PEK RAMADAN: Pekerja asing beragama Islam yang menetap di faktori yang ditukar menjadi dormitori, Pusat Perindustrian Chinsim, menerima pek Ramadan seperti sejadah, kurma dan susu awal pagi tadi.
PEK RAMADAN: Pekerja asing beragama Islam yang menetap di faktori yang ditukar menjadi dormitori, Pusat Perindustrian Chinsim, menerima pek Ramadan seperti sejadah, kurma dan susu awal pagi tadi. - - Foto CMG

SERAMAI 300 pekerja asing beragama Islam yang menetap di kilang yang ditukar menjadi dormitori, Pusat Perindustrian Chinsim, menerima sejadah, kurma dan susu sempena bulan Ramadan ini.

Usaha tersebut merupakan kerjasama tiga pihak antara Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), dan Alliance of Guest Workers Organisation (AGWO), satu gerakan Hope Initiative Alliance.

Pekerja pembinaan Encik Md Shohidul Islam, 35 tahun, berkata beliau gembira atas barangan yang telah diberi dan merasakan bahawa kebajikannya terjaga biarpun merindui suasana masjid.

Muis dan masjid setempat juga sedang bekerjasama dengan badan amal Free Food For All dan The Food Bank untuk menyediakan juadah berbuka puasa kepada sekitar 1,200 pekerja asing beragama Islam yang menetap di pelbagai kilang yang dijadikan dormitori.

Juadah tersebut akan disediakan pada 10 hari terakhir Ramadan.

Selain itu, Muis dalam satu kenyataannya berkata mereka menerima sumbangan lebih dari $40,000 daripada seorang penderma yang tidak mahu dikenali untuk menyediakan juadah berbuka puasa selama lima hari.

Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad yang turut hadir bagi lawatan ke asrama itu pagi tadi (9 Mei) berkata:

"Saya rasa bantuan ini baik di mana kita memberi mereka sejadah...mereka boleh menyesuaikan diri dalam asrama mereka untuk menjalankan ibadah dan solat.

"Alhamdulillah, dengan bantuan seperti ini, kita sebagai masyarakat menunjukkan keprihatinan kita terhadap pekerja pendatang kami dan pada masa yang sama memberi komitmen kita untuk menjaga keselamatan mereka dan kesihatan mereka juga."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg