Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha lebih wakili, lindungi individu kerja sendiri menerusi 3 persatuan termasuk yang memperjuang hak pekerja pengiriman

Aug 07, 2021 | 05:36 PM



KEHIDUPAN seharian dan kebajikan golongan yang bekerja sendiri terdiri meliputi pemandu dan pekerja pengiriman makanan yang terjejas dengan pandemik Covid-19 sejak beberapa bulan lalu khususnya dalam tempoh Kewaspadaan Dipertingkat ingin diperjuangkan tiga persatuan, Persatuan Teksi Nasional (NTA), Persatuan Kenderaan Kereta Sewa Privet (NPHVA) dan Persatuan Pejuang Pengiriman Nasional (NCDA) yang baru dibentuk.



Matlamat tiga persatuan ini adalah menangani isu kerja, memperkukuh rangka kerja sokongan dan memperbaiki prospek kerja.



Penasihatnya, Cik Yeo Wan Ling, yang juga Anggota Parlimen Pasir Ris-Punggol, serta Anggota Jawatankuasa Sementara NCDA, Encik Raymond Tan, pada Sabtu (7 Ogos), menghadiri sesi edaran beg cendera hati sempena Hari Kebangsaan yang disampaikan kepada pekerja pengiriman barangan, pemandu teksi dan pemandu kereta sewa privet.



Dalam satu kenyataan bersama Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), NTA, NPHVA dan NCDA,  didedahkan beberapa usaha pihak persatuan mendekati dan menyokong masyarakat pemandu kereta sewa privet dan teksi serta pengirim makanan menerusi perbincangan tetap bersama pemegang taruh di samping pelaksanaan pelbagai langkah sokongan.



"Pendapatan pemandu teksi dan kereta sewa privet banyak terjejas kerana permintaan khidmat mereka juga berkurangan secara ketara. Pekerja pengiriman makanan serta pemandu teksi dan kereta sewa privet berdepan dengan banyak cabaran yang berlanjutan," tambah kenyataan tersebut.



Antara langkah sokongan yang diberi termasuk edaran e-baucar oleh Dana Jagaan NTUC yang membantu anggota kesatuan yang berpendapatan rendah untuk mengurangkan beban kos keperluan asas serta biaya sekolah anak-anak bagi tahun baru serta sokongan perintah kuarantin buat anggota yang diberikan Perintah Kuarantin Kementerian Kesihatan (MOH). 



Anggota persatuan juga boleh menghadiri kursus latihan kemahiran yang dicorak mengikut keperluan mereka bagi mengutuhkan mobiliti kerja.



Sesi Bengkel Persiapan Ujian Teori Wajib buat pekerja pengiriman yang menunggang Basikal Yang Menggunakan Kuasa (PAB) untuk mempersiapkan diri mereka secara lebih baik bagi ujian berkenaan juga diadakan.



Khidmat pihak relevan dalam membina ruang makan buat pemandu dan pekerja pengiriman dalam Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) turut diperolehi.



Langkah ini, jelas kenyataan tersebut, adalah tambahan pada sokongan yang diperolehi daripada pemerintah seperti Dana Bantuan Pemandu Covid-19 (CDRF).



"Kami terus berusaha mendekati pemandu dan pekerja pengiriman bagi memahami cabaran yang mereka hadapi dan teruskan usaha mereka dalam melanjutkan minat mereka dan memperbaiki prospek kerja mereka.



"Kami juga gigih berusaha memperkukuh kesejahteraan mereka yang bekerja sendiri dengan mengambil kira keutamaan; menawarkan perbezaan buat anggota dan mengurangkan impak pada pendapatan yang dibawa pulang mereka yang bekerja sendiri  kerana ini adalah keprihatinan dasar mereka," tambah kenyataan itu lagi.



Penubuhan NCDA yang dalam proses didaftar adalah langkah memperluas sokongan buat pekerja yang bertugas sendiri dan bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain (P2P SEPs). Ia adalah sebagai khidmat tambahan yang diberi NTA dan NPHVA yang lebih mapan.



Menyedari lebih banyak perlu dilakukan adalah sebab mengapa perlindungan dan perwakilan lebih baik diperlukan golongan P2P SEPs ini. 



Namun, mengikut konteks masa kini, perlindungan yang diberi bukanlah pada tahap serupa dengan keupayaan kesatuan. Dalam hal kesatuan, terdapat rangka kerja guaman yang sedia ada (Akta Hubungan Perusahaan dan Akta Kesatuan Dagangan) yang sebagai contoh menjalankan tawar-menawar kolektif buat pekerja.



Buat masa ini, tiga persatuan ini tidak mempunyai sokongan perundangan yang perlu bagi menganjurkan dan mewakili P2P SEPs. Lantaran itu, terdapat keperluan yang mendesak bagi memperkukuh P2P SEPs menerusi sokongan perundangan ini.



Pekerja pengiriman juga terdedah pada kejadian tergelincir atau terjatuh di jalanan apabila mengirim barangan dalam cuaca hujan atau dalam keadaan kelam-kabut. Meskipun diberi cuti sakit, ramai yang terus bekerja dalam keadaan cedera kerana memerlukan pendapatan bagi kegunaan keluarga.



Apa yang diperolehi mereka menerusi platform kerja ini tidak mencukupi dan tidaks setara. Jika mereka mengambil cuti sakit, tiada atau sedikit sokongan pendapatan diterima.



Tidak seperti pekerja lain, pekerja pengiriman ini tidak boleh mendapat pampasan atas kecederaan sewaktu bekerja di bawah Akta Pampasan Kecederaan Pekerjaan (WICA).



Lantaran itu, memandangkan pekerja ini menyediakan khidmat penting kepada masyarakat, perlu ada usaha menyemak sama ada mereka boleh dilindungi apabila cedera dan tidak dapat bekerja, tambah kenyataan itu.



Satu kemungkinan adalah bagi WICA memperluas kelebihan yang diberi kepada pekerja pengiriman ini khususnya memandangkan apa yang diberi operator platform tidak setara.



 Mengulas mengenai perkara ini, Cik Yeo berkata:



"Sebagai gerakan buruh, kami sentiasa mencari cara lebih baik bagi mewakili pekerja kami termasuk P2P Sep ini. Kami mahu menjadi suara mereka dan mengetengahkan aspek yang perlu diperbaiki.



"Kami menggesa bagi adanya sokongan perundangan lebih kuat buat persatuan kami yang mewakili golongan P2P Sep ini, iaitu NDCA, NPHVA dan NTA bagi menambah perlindungan dan memperbaiki kehidupan.



"Kami telah mengetengahkan kesukaran golongan pekerja ini buat sekian lama kini dan Covid-19 hanya lebih mengetengahkan kesukaran itu di hadapan. Selain lebih banyak sokongan perundangan, kami juga mengharapkan lebih perlindungan dalam aspek keselamatan tempat kerja dan sokongan kewangan lebih baik bagi P2P SEPs. Kami terus berusaha ke arah matlamat ini dan kami berharap perubahan boleh berlaku lebih segera daripada lebih lewat tempohnya." 



Sebagai mewakili rakan-rakan lain, Encik Tan, 37 tahun, pula berkata:



"Kami terus berdepan dengan pelbagai kesukaran kewangan dalam bidang kerja kami sebagai pekerja pengiriman makanan. Sesetengah daripada kami terus bekerja walaupun kami sakit kerana kami tidak dibayar meskipun kami mempunyai surat cuti sakit rasmi.



"Sebagai individu yang bekerja sendiri, kami tidak menerima CPF dan perlu menyumbang kepada MediSave kami sendiri. Kami berharap lebih banyak dapat dilakukan bagi melindungi kami dan kehidupan kami."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >