Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

#NOTAPIS

Usahawan muda kongsi resipi capai pulangan $1j

Peniaga Mohamed Shah Reza, Fadzuli Wahab tampil dalam siaran podcast #NoTapis 'Malaynial Vibes'
Aug 06, 2020 | 05:30 AM



PENULARAN koronavirus mengetengahkan pelbagai cabaran tetapi pada masa yang sama, ia membuka luas peluang untuk seseorang menceburi bidang keusahawanan.



Namun bagi golongan milenial yang baru berjinak-jinak atau ingin menceburi bidang perniagaan, mereka perlu sedar bahawa wang bukan satu-satunya modal yang perlu ada.



Mereka harus ada beberapa modal lain termasuk; modal rangkaian persahabatan dan kenalan; modal kesungguhan, modal kemahiran selain adanya sikap keberanian, kelenturan, berdaya saing dan berdaya tahan.



Sebahagian resepi yang diperlukan seseorang peniaga ini telah dikongsikan oleh dua peniaga muda dari 'Generasi Y', Encik Mohamed Shah Reza Mohamed Anuar, 31 tahun, dan Encik Fadzuli Wahab, 38 tahun, yang tampil dalam siaran podcast #NoTapis terbitan Berita Harian bertemakan 'Malaynial Vibes'.



Encik Fadzuli pengasas bersama Islamicevents.sg juga adalah pengarah tiga syarikat, ISGN Ventures Pte Ltd, ISGN Pte Ltd dan KhidmahSG Pte Ltd yang kesemuanya meraih pendapatan kira-kira $1 juta tahun ini.



Encik Mohamed Shah Reza pula adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Zahid & Shah Group dan merupakan pengasas bersama Malay Youth Forum (MYF).



Zahid & Shah Group merupakan kumpulan empat syarikat yang menawarkan huraian digital, kreatif dan komunikasi serta perkhidmatan perundingan Islam yang menjana pendapatan kira-kira $1.5 juta tahun ini.



Dalam perbincangan secara santai itu, Encik Fadzuli menceritakan pengalamannya mula berniaga semasa di universiti lagi, dengan menjual 'sabun sertu'.



ANTARA MALU, BERANI DAN MODAL NIAGA



"Tak boleh malu. Muka tembok... Saya jual bukan sabun biasa, ia untuk sertu. Dari situ saya belajar tentang copy-writing (gaya tulisan untuk pemasaran, pengiklanan dan penjualan barangan atau perkhidmatan). Macam mana nak tulis ayat-ayat cinta untuk jual produk untuk menarik orang.



"Bila dah ada pelanggan tu kira ok, baru ada keyakinan untuk buat lagi dan lagi. Kalau tidak, sukar.



"Semasa saya di NUS (Universiti Nasional Singapura) lagi, saya mula dari situ. Saya ada seratus kawan di NUS, saya e-mel satu-satu," ujar lulusan diploma politeknik itu yang tidak menamatkan pengajian di tahun ketiga unversiti dalam bidang teknologi maklumat.



Menyentuh soal modal dan kesungguhan dalam berniaga, Encik Mohamad Shah Reza secara terus terang menyatakan memang duit itu penting tetapi ada banyak lagi modal yang perlu ada.



"Modal ilmu, modal rangkaian yakni kawan-kawan kita, modal kesungguhan, modal kemahiran yang kita ada.



"Saya kerap memberitahu rakan-rakan sepasukan saya, dalam dunia keusahawanan tidak ada peta rasmi atau mind-map yang khusus yang menjelaskan jalannya.



"Sesiapa yang ada duit, silakan. Sesiapa yang ada ilmu, silakan. Tetapi yang tidak boleh diterima ialah sikap tidak berbuat apa-apa. Jika anda inginkannya, anda perlu melakukannya." katanya.



Tambah beliau, seseorang peniaga harus ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang kesemua aspek perniagaan.



"Kalau tidak, ia mendatangkan risiko dan risikonya besar," katanya.



Selain modal, apakah perkara lain yang diperlukan?



Encik Fadzuli berkata, seseorang peniaga perlu berani.



"Idea untuk gagal tu tak boleh difikirkan. Kalau tidak berjaya pun, tetapi ada penambahan dari hari ke sehari, bulan ke bulan, tahun ke tahun.



"Kalau nak fikir jadi jutawan esok atau dalam setahun, mungkin tak boleh. Ada orang boleh capai, tetapi ada yang tidak. Kalau saya, saya tak boleh capai kalau saya mula begitu. Kecuali kalau anda ada mak bapak yang kaya, ada sejuta dolar boleh buat projek besar-besaran," jelasnya.



Bagi Encik Mohamed Shah Reza, "ia haruslah keberanian yang berpandu".



CABARAN COVID-19 KE ATAS PENIAGA



Menyentuh cabaran yang dihadapi peniaga dalam era Covid-19 sekarang ini, kedua-dua usahawan muda ini tidak menafikan perlunya seseorang peniaga itu sedia membuat penyesuaian dan tidak bersikap 'tegar'.



"Saya sendiri semasa Covid-19 melanda, saya kumpulkan pekerja-pekerja saya dan menyatakan bahawa saya akan menjaga semua, tidak ada yang potong gaji, tidak ada yang dibuang kerja tetapi adakalanya kita harus 'pivot' (membuat peralihan) kepada apa yang boleh bergerak dan mendatangkan hasil. Ia berjaya sampai sekarang," kata pengasas bersama MYF itu.



Bagi pengasas bersama Islamicevents.sg pula, beliau berpegang kepada bimbingan yang diterima daripada peniaga mapan - kesediaan untuk bangkit semula selepas tersungkur.



"Satu ilmu yang saya pelajari dan manfaatkan sampai sekarang ialah, apakah kita mampu bermula dari bawah sekiranya kita telah mencapai pulangan $1 juta.



"Seorang pembimbing saya menyatakan, setiap perniagaan ada pusingannya, ia akan naik dan kemudian menurun. Ketika itu, apakah anda boleh bermula sekali lagi dari bawah?," kata Encik Fadzuli.



RISIKO KEMUFLISAN DAN PENAKATAN



Bagi sesetengah usahawan muda kata Encik Mohamed Shah Reza, kebimbangan mereka apabila menceburi bidang perniagaan bukanlah tentang soal kemuflisan, tetapi bagaimana dapat mengekalkan penakatan syarikat dan menjaga kebajikan pekerja mereka.



"Untuk usahawan-usahawan milenia, pemikiran mereka tidak serupa usahawan mapan. Kebimbangan mereka agak berlainan. Kerisauan mereka adalah terhadap mata pencarian pekerja yang terjejas akibat Covid-19, baik solo-prenuer (peniaga sendirian yang punya pekerja sambilan) atau usahawan yang berupaya menggajikan pekerja sepenuh masa, itu yang lebih mereka risaukan.



Encik Fadzuli yang sebelum ini mengalami kerugian lebih $100,000 menceritakan usahanya untuk terus 'hidup' dalam dunia perniagaan.



"Ia bukan serentak tetapi bermula dengan $30,000 dahulu. Kerana pada masa itu, syarikat ada overhead (perbelanjaan yang perlu ditanggung syarikat) jadi lama kelamaan duit yang perlu dibayar semakin meningkat dan tak boleh dibayar sampai $100,000, ia makan tiga tahun untuk dilangsaikan, baru nampak positif. Tahun lepas baru berjaya diselesaikan. Jadi tahun ini baru lega.



"Nasib saya baik kerana rakan niaga tak putus harapan tetapi kita cari jalan untuk keluar, pelajari teknik (untuk menakat) dan kita pun pergi kursus timba ilmu, mempelajari bidang kewangan umpamanya, (belajar dari kesilapan lalu) kenapa tak buat hal ini dan itu," dedahnya.




"Tak boleh malu. Muka tembok... Saya jual bukan sabun biasa, ia untuk sertu. Dari situ saya belajar tentang copy-writing (gaya tulisan untuk pemasaran, pengiklanan dan penjualan barangan atau perkhidmatan). Macam mana nak tulis ayat-ayat cinta untuk jual produk untuk menarik orang. Bila dah ada pelanggan tu kira ok, baru ada keyakinan untuk buat lagi dan lagi. Kalau tidak, sukar. Semasa saya di NUS lagi, saya mula dari situ. Saya ada seratus kawan di NUS, saya e-mel satu-satu."
- Encik Mohamed Shah Reza Mohamed Anuar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Zahid & Shah Group, pengasas bersama Malay Youth Forum (MYF)



"Satu ilmu yang saya pelajari dan manfaatkan sampai sekarang ialah, apakah kita mampu bermula dari bawah sekiranya kita telah mencapai pulangan $1 juta.

"Seorang pembimbing saya menyatakan, setiap perniagaan ada pusingannya, ia akan naik dan kemudian menurun. Ketika itu, apakah anda boleh bermula sekali lagi dari bawah?"

- Encik Fadzuli Wahab, pengasas bersama Islamicevents.sg juga pengarah ISGN Ventures Pte Ltd, ISGN Pte Ltd dan KhidmahSG Pte Ltd




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >