Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usahawan muda 'startup' manfaatkan skim ESG

Mar 04, 2021 | 05:30 AM



SOKONGAN padu bagi menyemarakkan sektor pemula (startup) di Singapura telah melahirkan ramai peniaga baru termasuk usahawan muda Melayu/Islam.



Di bawah program Membina Perniagaan Skim Pengasas Syarikat Pemula SG yang diperkenalkan Enterprise Singapore (ESG), seramai 300 individu disokong termasuk Encik Hafiz Kasman yang membentuk firma pemula Kinobi, dan Encik Muhammad Fadhil Kamal yang membentuk firma Paratlas yang menghasilkan aplikasi untuk latihan realiti terimbuh (AR).



Program Membina Perniagaan diumumkan Ogos lalu bagi memupuk usahawan yang beraspirasi tanpa pengalaman niaga untuk membina dan mengembangkan syarikat pemula inovatif.



Menurut Encik Hafiz, wadah Kinobi dibangunkan Jun tahun lalu dengan bantuan geran bernilai $50,000 di bawah Geran Pengasas Startup SG, di samping suntikan dana daripada beberapa pelabur budiman.



Setelah beberapa tahun menjadi pembimbing kepada pelajar, Encik Hafiz perhatikan ramai mahasiswa berdepan dengan ketidaktentuan apabila melangkah ke dunia pekerjaan. Menyedari kurangnya sokongan untuk golongan ini, beliau terdorong untuk memulakan wadah digital itu yang dapat membantu mereka.



Lantaran itu, Encik Hafiz, 29 tahun, meninggalkan pekerjaan sepenuh masa dan mengasaskan Kinobi - yang menghasilkan wadah mempercepatkan kerjaya - pada Oktober lalu bersama dua rakannya, Encik Benjamin Wong dan Encik Joshua Phua, yang turut berhenti kerja sepenuh masa.



Sebagai individu pertengahan kerjaya yang beralih ke bidang keusahawanan, ia tentunya mencabar, kata Encik Hafiz, yang meninggalkan pekerjaan sebagai sekutu pembangunan di sebuah syarikat pemula.



"Bukannya mudah untuk mencari kumpulan atau masyarakat seperti kami sendiri. Selain itu sokongan juga bukan mudah untuk diperolehi.



"Apatah lagi di sini membina syarikat pemula masih sesuatu yang baru dan tiada model yang standard. Berbanding dengan negara lain seperti Amerika Syarikat, yang memiliki sektor lebih matang, akses kepada pembimbing di sini adalah berkurangan," ujarnya yang mujur mendapat sokongan kukuh daripada keluarga.



Hasil kerja kerasnya, wadah itu yang kini memiliki sekitar 2,000 pengguna percuma dan sudah diluaskan ke Indonesia pada Disember lalu.



Malah, menurut lulusan bidang perniagaan dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU) itu, pasukannya merancang untuk menerokai pasaran luar yang baru.



"Buat masa ini, sambutan di Indonesia agak menggalakkan, dengan lebih 20 duta jenama dan kampus. Kami pilih Indonesia kerana ia adalah pasaran terbesar di Asia Tenggara dengan pasaran pendidikan yang juga luas.



"Seterusnya, kami berharap untuk mengembangkan perniagaan ke negara Asia lain tahun ini, sama ada Filipina atau Thailand setelah pandemik sudah reda sedikit."



ESG berkata sebanyak 80 peratus daripada mereka merupakan golongan pertengahan kerjaya dari pelbagai latar belakang termasuk pendidikan, pelayanan dan teknologi, dan bakinya adalah lulusan baru dalam bidang perniagaan, kejuruteraan dan analitik data, dengan majoriti berusia 21-30 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >